Jumaat, Februari 26, 2010

Kanak - kanak mati didera

(Gambar diatas hanyalah hiasan sahaja)


Salam..
Aku nak cerita skit pasal berita hari neh yang aku baru tengok tadi.. kes budak kecik mati didera oleh teman lelaki ibu kepada kanak - kanak to.. kesiannye.. korang ikuti la kisah kanak - kanak malang neh yang sempat aku amek dari KOSMO ONLINE.

Kanak-kanak mati dipercayai didera
26/02/2010 3:07pm

KUALA LUMPUR. - Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun mati dipercayai akibat didera oleh teman lelaki ibunya di rumah mereka di Kampung Batu 30, Ulu Yam Lama, Batang Kali di sini malam semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supritenden Norel Azmi Affandi Yahya berkata, mangsa yang dikenali sebagai Sapiah sebelum itu dibawa oleh teman lelaki ibunya itu ke Hospital Kuala Kubu Baru dengan mendakwa kanak-kanak malang itu mati kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Beliau berkata, lelaki berusia 28 tahun itu datang bersama seorang rakan lelaki dan kemudiannya meninggalkan kanak-kanak yang sudah tidak bernyawa itu di wad kecemasan kira-kira pukul 8.30 malam.

"Ketika jururawat hendak bertanya lebih lanjut mengenai kemalangan itu, mereka kemudiannya melarikan diri dengan mendakwa perlu bergegas ke balai polis untuk membuat laporan.

"Kira-kira pukul 11 malam, pihak hospital menghubungi kita dan hasil semakan, tiada sebarang laporan diterima mengenai kemalangan jalan raya dan hasil pemeriksaan awal ke atas tubuh mangsa mendapati mangsa dipercayai mati akibat didera,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Norel Azmi berkata, hasil pemeriksaan awal pihak hospital mendapati mangsa mengalami kecederaan di tubuh badan selain luka-luka di dagu, lebam di perut serta bawah telinga dan dipercayai mati ketika dalam perjalanan ke hospital.

Beliau berkata, polis kemudiannya menahan teman lelaki ibu mangsa yang bekerja sebagai pemandu teksi kira-kira pukul 3 pagi tadi bagi membantu siasatan.

Ibu mangsa dan teman lelakinya itu difahamkan mempunyai hubungan sejak enam tahun lalu dan mempunyai seorang anak berusia setahun enam bulan hasil perhubungan mereka. - Bernama

Tergamak nya manusia melakukan perkara sebegitu.. begitu kejam.. inilah dunia sekarang.. tadi plak aku terbaca kat blog YnaaOhYnaa kisah seorang bayi yang dibuang oleh ibunya disebuah klinik.. dan wanita itu dipercayai seorang wanita berusia 19 Tahun dan seorang penuntut di UIA.. begitu zalim manusia sekarang.. fikir - fikir dan renung - renungkan lah..

Tiada ulasan: