Jumaat, Ogos 22, 2014

Sharing is Caring




Aku teringat bayan Mufti Lutfi (Indonesia)
tentang qunut nazilah..

Katanya, Umat Islam dari dulu lagi baca qunut
nazilah tiap kali umat Islam ditindas, dibunuh
dan diseksa.. marah betul dengan yahudi.
Qunut nazilah nak hancurkan musuh Islam,
nak hancurkan yahudi kononnya... tapi sampai
sekarang yahudi tak hancur2 lagi, masih lagi
membunuh orang Islam..

Mana silapnya?

Kenapa umat Islam masih susah nak dapat
bantuan dari Allah sepertimana zaman Nabi
dan para sahabat dulu?

sebenarnya..

kita tak dapat bantuan Allah..
sebab kita (termasuk aku), tak buat kerja yang
jadi sebab dapat bantuan Allah..

kita tak mulia dan jadi hina..

sebab kita (termasuk aku lagi sekali), tak buat
kerja yang jadi sebab dapat mulia dan tidak
hina..

Orang Yahudi tak takut kalau kita lebih ramai
dari mereka walaupun dengan jumlah yang
berlipat kali ganda..

Tapi diorang ni takut bila orang Islam solat
Subuh berjemaah sama ramai macam mana
solat Jumaat....

Macam mana nak dapat bantuan Allah kalau
umat Islam (lelaki) masih belum berhubung
dengan masjid?

Tidak berjemaah di masjid?

meninggalkan amal2 masjid? sehinggakan
kadang solat subuh pun terpaksa diqada'kan
atau lebih sedih lagi ditinggal terus!

Macam mana nak dapat bantuan Allah kalau
amal agama yg paling basic pun sudah gagal..

Awas, kita tidak akan terlepas dari pertanyaan
Allah, apa yg kita lakukan terhadap agamaNya
disaat agama disiat-siat oleh umat Islam
sendiri..

Takkan nak jawab,
Sekurang-kurangnya saya dah doa dah..

Sekurang-kurangnya saya dah salur bantuan ke
tabung Gaza dah..

Sekurang-kurangnya saya ambil peduli jugak
soal umat Islam..

Sekurang-kurangnya???

Saudara...

Sebenarnya terdapat perbezaan antara BANTU
UMAT ISLAM dan BANTU ISLAM.

Kamu beri sumbangan dan bantuan kepada
umat Islam di Gaza, kamu baru bantu umat
ISLAM, belum bantu ISLAM.

Kamu beri sedekah dan bantuan pada pelajar-
pelajar agama di Madrasah , kamu baru bantu
umat Islam, kamu belum bantu agama
Islam....

Bantu umat Islam, orang kafir pun boleh buat..

Ronaldo sanggup jual kasut emasnya semata-
mata mahu bantu umat Islam di Palestin tapi
dia belum membantu agama Islam..

Bagaimana nak bantu agama Islam?

USAHA ATAS IMAN YG SOHEH dan USAHA ATAS
AMAL YG SOLEH...

Untuk diri sendiri dan juga orang lain..
Itu baru dinamakan, KITA TELAH BANTU
AGAMA ISLAM...

Usahakan bagaimana suasana Iman di zaman
para sahabat rasulullah kembali lagi..
Barulah bantuan Allah akan bersama kita.


sumber: unknown



Allahumma harriril muslimiina fi Ghazzah.. Amiin Yaa Rabbal Alaamiin..



Tiada ulasan: