Ahad, Januari 18, 2015

Arief Mokhtar



Assalamualaikum..

Aku tau.. pada ketika ini.. kau tidak ada lagi didunia ini.. pemergianmu tersangat lah tidak diduga.. aku redha.. walaupon sebelom ni perasaan marah yang membuak dan sukar untuk aku maafkan dan perit bila aku kenangkan.. aku harus akur & tabah dengan takdir yang menimpa kau..

Disaat aku menerima berita kau dimasukkan ke hospital Kuala Lumpur kerana sesak nafas.. aku nak sangat pergi tengok keadaan kau.. nak sangat tatap raut wajah yang sebelum neh aku taknak tengok.. tapi kerana sebab² tertentu.. aku terpaksa batalkan niat aku.. sehinggalah aku dapat update dari kawan rapat kau.. menyatakan yang kau dah nazak.. aku beranikan diri melangkah kesana..


10th January 2015 | 14:35


Kaki ku telah jejak di hadapan Wad ICU, Hospital Besar Kuala Lumpur. tapi sayang.. aku lambat.. waktu melawat dah habis. jadi aku tak dibenarkan masuk kecuali ahli keluarga. nak je aku pergi kat guard yang menjaga pintu wad tu untuk mintak kebenaran masuk kejap tengok kau. tapi tah kenapa.. berat sangat kaki ni nak melangkah. aku masih dibangku menunggu..


10th January 2015 | 15:15

Selepas aku update kedatangan aku dengan kawan kau. aku masih lagi bertahan untuk menunggu.. aku tak punya cukup masa. tah mengapa dari mula aku jejak kaki disitu aku jadi tak menentu. rasa takot, serba salah, semuanya bermain difikiranku. 1 persatu kenangan, raut wajah kau bermain difikiran neh.. tetiba wajah mama terpancar di benakku.. aku tersentak. lalu aku maklomkan pada kawan kau yang aku tak dapat lagi menunggu tiba waktu melawat pada pukul 16:30. aku pon berlalu dari kawasan tu. mungkin bukan rezeki aku hari tu nak menziarah kau. pergi dengan berbagai rasa..


Setelah beberapa hari kemudian.. aku tetap bertanya perkhabaran kau, situasi kau.. tapi sayangnya.. dorang pon tak dapat apa² update dari family kau. aku akur.. menunggu dan terus menunggu berita dari pihak kau. 


17th January 2015 | 01:20

Tiba² aku dapat panggilan dari kawan kau. difikiran ni bermacam² yang aku fikirkan. perlahan aku jawab panggilan tu. aku tersentak! إنّا لله وإنّا إليه راجعون

Kau telah pergi meninggalkan semua. aku speechless.. 

Dan sekali lagi.. aku tak dapat nak menziarah kau untuk kali terakhir. aku hanya mampu sedekahkan Al-Fatihah pada kau. dan setiap kali aku teringat kau. tak putus² aku mendoakan ketenangan kau disana Ariep. rasa kesal kerana kedegilan dan keras hati aku yang membuatkan aku rasa sukar untuk aku lupakan kau. aku dah lama maafkan kau, halalkan segalanya waktu kita bersama dulu. walaupon mulot aku cakap aku tak maafkan. tapi sebenarnya aku dah lama maafkan. mungkin aku belom bersedia nak redha dengan apa yang jadi antara kita. perasaan marah, saket hati dulu masih lagi terasa. mungkin sebab tu. tapi percaya lah.. aku dah lama maafkan kau.. seikhlas hati aku. niat hati aku nak ziarah kau haritu. aku nak bagitahu benda ni kat kau. tapi tak sempat....


Ariep....
Walaupon apa yang jadi selama kita bercinta sehinggalah bertunang dan putus tunang. memang aku mengaku aku banyak sakit hati, tak terluah rasanya. tapi dah takdir kan. aku cuba bertahan. cuba bersabar dan bagi kau peluang untuk kau betulkan. tapi....

Sehingga lah aku nekad untuk memutuskan ikatan kita. aku saket.. saket sangat.. tapi aku terpaksa. kau selalu cakap aku tak sayang kau. aku jarang cakap, kau assume aku macam².. takpe. aku tau kau tak faham lagi sifat aku. kau tak nampak lagi apa yang aku buat adelah bukti aku sayang kat kau. takpe lah ariep.. semuanya dah jadi kenangan. biarlah ianya aku pahat dalam²..

Terima kasih diatas segalanya yang kau dah lakukan untuk aku. aku hargai semuanya. semua.. aku akur dan redha dengan ketentuan Ilahi. maafkan aku ariep.. walaupon aku tahu aku dah terlambat untuk mintak maaf kat kau. aku kena akur dengan kehilangan ini walaupon kita dah lama takde pape..

Tenang dan damailah engkau disana Mohd Ariff Bin Mohd Mokhtar Rahman.. Doaku sentiasa mengiringimu. Semoga kau ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan bertaqwa. InshaAllah.. Al-Fatihah.. Aamiin

(5th July 2012)
(Mohd Ariff Mokhtar dalam kenangan)
(22nd April 1985 - 17th January 2015)


Tiada ulasan: