Rabu, Oktober 05, 2016

Trekking and Camping to LATA MAKAU



Assalamualaikum..

Harini aku nak cite pengalaman aku bercamping di Lata Makau, Kuala Kubu Bharu. yes pengalaman baru lagi untuk aku yang kudis neh dan aku tersangat enjoy!!


Seminggu lebih plan then we proceed to camping ke Lata Makau. Line up dalam 15 orang. semuanya memang gila gila. memang pengalaman yang bermakna bagi aku. best gila!!



1st Oct 2016


Dengan tak cukup tido. kepala mamai2 lagi. aku bangun mandi. kol 8:30 keluar breakfast sambil2 tunggu cuci kete. settle makan. kitaorang dah taktau nak kemana untuk buang masa. kitaorang pon gerak terus ke Kuala Kubu Bharu. sampai area Rawang kitaorang benti untuk lepak2 jap.. serious lemau tapi excited hahaha lepak borak2, gelak2 kat tepi sungai Templer Park. kol 11am kitaorang teruskan perjalanan.



Yeahh! kami la budak poyo itu! hahahaha

Sampai je Pekan Kuala Kubu Bharu dah tengahari. memang right time untuk makan lunch. melepak dekat sejam lebih kat kedai makan neh. sambil jumpa membe aku Joni, yang stay kat area sini. sambil nak menunggu dorang untuk berkumpul kol 1pm katanya. hahahha

Lepas makan. kitaorang gerak g isi minyak. sambil nak tunggu deme sampai. tukar kol 3pm pulak.. jem! berhuhuhu lah kitaorang sampai kol 4pm lebih.. dan sampai kol 5pm lebih hahaha.. dah lemau. kitaorang decide untuk redah jela walaupon taktau trek. tapi membe aku Joni ada la bagitau trek nak masok dalam tu. sampai je kitaorang kat entrance Kg. Pertak. tetiba ada sorang dah sampai kat tempat yang patutnya kitaorang berkumpul. disebabkan hujan. jadi kitaorang decide untuk patah balik jumpa membe yang dah sampai tu.

Melepak minum lagi hahahha.. bebual bual sambil tunggu lagi sorang sampai. makan minum borak sampai la kol 6pm lebih dan kitaorang decide untuk redah. yang lain sume lambat lagi sampai hahahahha kol 7pm kitaorang dah siap untuk bergerak masok kedalam hutan berbekalkan map yang kitaorang google and direction yang membe aku bagi. bergerak la kami berempat. yes! for the 1st time aku trekking malam dan perasaan dia. hanya Tuhan yang tahu. hahahahha

Ada 2jam lebih kitaorang trekking. kitaorang benti untuk melepaskan lelah dan sambil2 check trek dari map yang kitaorang google.




Ada dalam 10min kitaorang rest. bangkit dan teruskan perjalanan. lama gak kitaorang trekking. sampai la berhenti kali ke-4. masa tu dah kol 10pm lebih dekat 11pm, memasing dah lapar and gegel! sejukkkk! bawah sket dari KEM BMW je kitaorang benti untuk masak meggi. kalau tau dah dekat nak sampai. kitaorang teruskan je pejalanan hahahahha

Thanks chef!

Tengah kitaorang dok bebual sambil tunggu meggi masak. salah sorang dari line up pon sampai. kitaorang dah makan sume settle kemas bag dan gerak. kali neh kompom tak sesat sebab membe yang sampai neh tau trek. Alhamdulillah..

Dalam pekat gelap kitaorang berjalan. tetapkan pace. sesekali tersasar gak ngan orang belakang. then kitaorang samakan balik. sampai la lepas dari Kem BMW. trek kejap2 mencanak. dan pace kitaorang tersasar balik. dalam tak sedar aku dok ikot pace membe yang tau trek tu dan diikuti Mr. Chef kat belakang. kitaorang dah tersasar jauh dengan membe 2 orang kat belakang, Halim dan Pak Abu. disebabkan Halim memang slow dengan muatan yang digalas. so Pak Abu pon kena la slow jugak. dan dorang berdua taktau trek. shit! lepas je trek pacak 70degree. aku mintak nak benti. 1 sebab kaki aku dah terasa macam nak krem. ke 2 sebab kesian kat Halim dan Pak Abu taktau trek. takot kang dorang tersasar ke tempat lain. dan kami pon berhenti. di kawasan pokok buluh kiri kanan. rendang. dan aku dah start rasa seram hahaha.. membe yang tau trek tu patah balik pegi kat aku. aku bagitau ke dia yang dorang macam dah tertinggal jauh kat belakang. so dia decide untuk patah balik carik. tinggal lah aku berdua dengan Mr. Chef. ok slow slow aku rasa seriau dengan sejuk. tetiba aku terlanggar headlamp kat kepala aku dan PAPP! terpadam! shittt! cam biasa la aku a bit menggelupur and Mr. Chef soh tukar headlamp lain. tengah dok tunggu dia carik battery. aku dah mula rasa seram gila. tengah kitaorang kelam kabut nak tukar battery headlamp lain tu tetiba oleh pulak ada dengar bunyik.. bunyik yang seakan kapal terbang lalu atau pak belang! tetiba Mr. Chef pon soh aku diam! lagi betambah seram aku rasa ahhhhhhhhh!! dan headlamp yang dah tukar battery pon takleh nak hidup. jadi bertambah ahhhhhhhhh shitt! slowly aku baca bismillah.. godek2 sikit headlamp kat kepala aku and Alhamdulillah menyala balik. teros aku ajak Mr. Chef turun kebawah sikit tunggu dorang. kononnya nak turun sikit je.. tetiba jadi dekat 10min kitaorang bejalan turun hahahha

Tengah jalan menurun tu tenampak samar2 membe yang patah balik tadi. dia dah jumpa dorang dan camp site hahahahahahhahahahhahahaha dem! rupanya jalan yang dia bawak memula tu jalan yang pusing untuk turun ke camp site. denggg!

Sampai camp site kitaorang terus set up hammock sume sambil nak menunggu yang lain sampai.. kol 12am lebih gak baru kitaorang sampai kat camp site.. hahhahaha takpe la pengalaman kan. dah settle set up sume. dorang pon sampai.. set up pulak ruang untuk nak membakar dan masak masak.







Makanan memang HEAVEN!!! terbaikk!

Dah settle makan borak2, gelak2, ada yang pegi mandi, setting hammock, setting khemah, setting nak tido mana.. memacam ragam.. dekat kol 4am lebih baru sume tido..

Dan pagi tu aku terjaga kol 6am lebih aku pusing je kanan.. Nahhh!!! view air terjun yang MasyaAllah cantikkkkk!




Tunggu orang bawah bangun. aku pon terus turun ke bawah untuk menikmati keindahan alam didepan mata aku.. cantik dan SEJUKKKKK baq hang!! sejuk gilaaa!!

Pak Abu awal pagi dah dok mancing



Dah mandi. naik makan. aku terus tukar baju dan sambung tido hahahha.. sejuk tak tahan aku dibuatnya.. lantak deme la nak tiruk ke, nak meniarap ke, nak tonggang tebalik ke.. aku tau aku nak tido je hahahhaha



Petang kol 5pm lebih tu setelah 2,3x aku bangun tido bangun tido.. dorang pon naik tukar baju. ada yang lepastu masak meggi. ada yang bersiap siap nak balik. sebab plan asal tido semalam je. so 6 orang balik. yang balance sume nak stay.. makan makan, gelak gelak, beborak sampai malam. malamni kitaorang tido awal sket.. baru la dapat untuk tido secukupnya..

Kitaorang berlima je yang tido kat belah atas. yang lain sume tido kat lereng turun ke sungai and ada yang tido tepi sungai.


Berangan nak tido awal tapi tak dapat pon uwaaaaa!!! malam tu sejuk tahap gaban suria perkasa hitam kali 8.. sumpah sejuk gila.. aku tido kejap kejap terjaga.. dah bungkus kaki dengan plastic sampah. pakai sleeping bag tapi nipis. tak jalan gak.. kol 3am lebih aku terjaga dah tak tahan.. aku kejut orang bawah untuk ambikkan emergency blanket aku.. dah gegel terokk dah.. lepas bungkus. baru la dapat lena.. dan macam biasa. kol 6 lebih aku dah terjaga.. ingat nak la manjat Gunung Rajah sebab tempat yang aku camping tu dekat kaki Gunung Rajah. bila aku dengar dorang cakap dari camp site tu nak sampai peak dekat 6-7jam pace aku. teros cancel hahahaha berhuhuhu la aku dok tepi sungai tengok dorang tiruk telentang.




Memasing tak lepas peluang nak bergambar dalam air hee


Sampai kol 10am lebih tengok dorang mandi and aku acah acah mandi tenggelam kejap pastu teros naik. kemas bag, barang sume. kol 12pm begerak turun. 



Ada dalam sejam dah kitaorang turun. tetiba dorang berlari nak ke kebun katanya.. dengan bag 40L, 70L dorang berlari.. gila betol.. dan bila kitaorang sampai kat kebun yang dorang maksudkan.. TaDaaaa!




Aku dah lupa apa nama buah ni tapi isi dia sedap.. rupa dan isi lebih kurang macam manggis cuma beza buah ni kaler oren.. ada dekat 1 pokok gak kitaorang petik dan makan.. siap dapat durian hahahahahha

Dah kenyang perot makan sume. kitaorang pon bergerak turun meneruskan perjalan ke parking kete. dekat kol 4pm lebih kami Alhamdulillah kami selamat sampai di parking. bersih2 kan kaki. masok kete terus ke masjid berdekatan. dah mandi bersih badan. begerak balik. Alhamdulillah.


Tiada ulasan: