Jumaat, Januari 13, 2017

Trip Ke Gunung Rajah via KKB



Assalamualaikum..

Kali neh aku nak share pengalaman ke Gunung Rajah via Kuala Kubu Bharu yang agak layaaaaannnnnnnnnnnn trek nya hahhha.. agak berkicap kipas udang jugak la tapi Alhamdulillah dengan kederat yang tak seberapa aku berjaya sampai ke puncak! *yeahhh*

6th January 2017, Jumaat

Sepatotnya plan nak berkumpul 10 pagi di Fazleena Maju, Kuala Kubu Bharu. tapi memandangkan malam tu kami berseploh, sebelas orang berkumpul untuk beli barang² ration dan packing untuk group siang nak bawak esok. sehabis kederat kami la bertungkus lumus carik barang kol 2pagi tu. sampai Kajang, basoh ayam, kambing dan siap packing² untuk dibahagikan sama rata. kol 5 lebih pagi tu baru aku dan Areep gerak dari Kajang. dengan tak cukup tido. Areep pon tak cukup rest kelmarin sampai dari Johor pastu berjalan je kitaorang semalam tu pastu sebelom berkumpul tu kitaorang baru pas jogging kat Putrajaya. sampai je rumah teros aku out off service. nak kumpul tenaga untuk siang nanti.

  (Sesi acah² meeting sebelom pegi beli ration)



Bukak je mata tengok jam kol 10 lebih pagi. Shitt!! kelam kabot aku siap teros gerak ke Kuala Kubu Bharu. trip kalini neh anak jantan aku pon follow skali. so untuk pertama kalinya la anak aku follow aku bercamping dan hiking.

Sampai je Kuala Kubu Bharu dekat kol 1 lebih. teros isi perot. kebulur namati! dah siap makan sume teros gerak ke Kg. Pertak sebab yang lain sume dah tunggu kat sana. hmm nasib baik lepas pack ration tu memasing dah bawak balik siap². jadi sampai je di KKB memasing dah ada ration bahagian memasing untuk dibawak. 

Dekat kol 3 petang jugak la baru kitaorang bergerak masok. Dengan langkah kanan.. Bismillahirohmanirohimmmm..


Alhamdulillah.. tiba je kami di camp site BMW dalam kol 6 petang.. siap² untuk setup camp site sume.. pastu membongkang sampai kol 8 lebih.. laparrrrr namatiiiii.. nasib Areep ada bawak ayam dengan kambing.. pastu ada yang bawak minyak.. jadi dapat la kami bermaggi kari tumis dengan ayam dan kambing goreng.. Alhamdulillah kenyangggggggggggg..


Dekat kol 2 lebih pagi baru la yang lain sampai. kalau tak makan tadi mau keras memasing kelaparan. dah la sejuk. dorang bangun makan² lepastu borak² lepastu ada yang masok tido ada yang melepak lagi. aku yang memang dari tadi mengantok tak hilang lagi. sambung tido jela cite dia.

kol 8 pagi aku terjaga. siap² untuk ke puncak. breakfast. kol 9 lebih kitaorang gerak perlahan menuju ke puncak. trek dia memang layaannnnnnnnnnnn~ hahaha kol 6 lebih baru sampai puncak. macam² kenangan dapat dalam perjalanan naik dan turun selama 9 jam.



 Group last sampai puncak. group 2nd last sampai camp site hahha
 yeayy!! we did it!!


Alhamdulillah.. sampai puncak. dibelanja awan karpet, view yang MasyaAllah cantik.. tapi menggigil tak hingat. beku!! nasib aku tak hypo macam kat Nuang aritu. hajat kami tercapai untuk sampai kepuncak bersama. merasa la aku tido on trek masa turun tu. sebab tak cukup ration. memasing dah weak. benti tido kat trek sekali. lepastu tido kat Kem RNR sejam. beku memasing tapi disebabkan penat dapat gak lena. last sekali benti tido and topup energy kat Kem Renoma. aku yang tak minum Horlicks neh pon telan gak sebab nakkan energy punya pasal. tapi serious rasa sedap gila hahhaha.. kami sampai je di Camp Site BMW dekat kol 3 pagi. teros dorang hidangkan makanan. tak dan nak tuka baju, bukak kasot. tangan tak cuci pon. teros ngap ayam. laparrrrrrr!

Pengalaman yang bermakna. Alhamdulillah kami selamat naik dan turun. membe kitaorang last group yang turun sampai Camp Site kol 8 pagi. tu memang dah weak plus injured. dorang bantai tido dalam kesejukkan kat Kem RNR. Alhamdulillah. semua selamat turun.



Group NWO full of Tonggong, Masok Air, Gila

Thanks semua line up. mula kita kenal ada yang dari Trip Yong Belar, ada yang dari Trip Lata Makau dan dari Trip Nuang. and now kita dah jadi 1 family. you guys rokss!! 

Tiada ulasan: