Selasa, Mei 02, 2017

Roadtrip ke Port Rahsia & Cherating 30/4 - 1/5/17


Heyya!!

Last week aku ada plan dengan kawan² segila aku untuk ke "Port Rahsia". saja jela nak ajak dorang layan sunrise. tapi sayangnya.. takde rezeki.


Kol 11 malam 30th April 2017

Dorang sampai di bus stop umah aku. dan terus bergegas ke destinasi yang dituju. kitaorang decide untuk melepak menghabiskan masa di Genting Highland dulu memandangkan hari hujan malam tu.


Puas dah lepak, amek gambar, kesejukkan, kebekuan.. kami pon bergerak.. dan Alhamdulillah sampai. tapiiii.... sejukkkkkk.. beku memasing.. camping tah kemana. nak masak tah kemana hahahha..

Tido je dalam kete sementara tunggu subuh. setelah 3,4x aku cuba lelap. tak berjaya. kerana perot aku seakan ada muzik Raggae.. shitt!

Aku gagahkan jugak. paksa dorang bangun. masak. nak makan. laparrrrrrrr!! ahhaha kol 5 camtu baru la memasing acah² tabah melayan sejuk teman aku masak kat luar dalam kekabusan dan angin bukan sepoi² bahasa. dah macam ribut hahahha.. dapat la masak meggi dan cekodok




Settle masak. borak² gelak². pastu hujan.. menggelupur memasing kemas barang dan masok balik dalam kete. kena la sambong tido balek. dan tibanya jam 6:30 pagi. kitaorang pon keluar dan mengharapkan dapat tengok sunrise. tiada rezeki kitaoranggggg 



Hanya view ni yang menyeri mata kitaorang.. lepak jap sampai 7 lebih. kemudian gerak. benti kat Genting Sempah. berak, kencing, basoh muka. then kitaorang ke Lemang To' Ki untuk breakfast.



Perot dah kenyang. kitaorang gerak dan benti di Masjid Besar Bentong untuk bersihkan badan.



Sambil aku menunggu deme ni siap mandi. aku lepak la tepi Masjid. masa nak masok² kan barang dalam kete. si Fuad ajak ke Pulau. memula nak ke Kapas. tapi memandangkan hari cuti umum. cuti hari pekerja. memang pack la cite dia. kemudian suggest ke Cherating. sume on. teros gerak ke Cherating hahahha



Setibanya kami di area Cherating. perot pon lapar. dan memandangkan terlepas simpang Cherating. kitaorang terus lajak ke Terengganu untuk carik makan. target carik nasik tapi harapannnn hahaha.. makan kepok lekor jela..




Kemudian kami begerak Pantai Chendor untuk merehatkan badan. penat baii.. hahahha dapat la tido sejam dua dengan takde arah tujuan. takde plan. 



Aku terjaga dari mamai² teros teringat "Port Camping"yang membe aku beriya² soh aku datang lepak masa awal tahun aritu. aku pon try la contact dia untuk dapatkan location dia dan tanya pasal "Port" tu.. ada dalam 10min gak aku tunggu dia reply. then dia teros call.. bagi info and direction. aku discuss dengan dorang dan terus gerak ke "Port" aku tu.



Ok. syokkk! ahahhaha pacak tent. letak barang. keluar balik untuk carik baju dan tambah ration. aku dengan bawak windbreaker dengan selai seluar hiking. yang lain 1 apa pon takde prepare. mana nak tau nak mandi lauttt???!!! hahahha settle dah beli ration, baju, selipar dll. kitaorang bukak stove. masak meggi kahkahkah makan malam ringan² sudah. sebelom tu dah makan nasik sebelom sampai kat camp site.

Lepas makan. buat unggun api. borak² gelak² nyanyi² tengok stargazing.. super heaven!! perghhhh



Ingat pagi neh nak tengok sunrise. hujan pulak. takde rezeki lagi.. layan jela ayaq laut dan view. pastu tido bangun tido bangun hahahha




Kol 9 perot memang dah takleh nak tahan. kena gak bangun. pegi dapur yang ada disediakan. sebab hujan kitaorang takleh nak bukak dapur ajaib kitaorang hahahha masak sardin, nasik, telur dadar. air kopi. Alhamdulillah. cukup sangat. kenyang. settle makan terus terjun kedalam laut hahahahha




Kol 12 naik. bersihkan badan. kemas². gerak balik ke REALITY! hahahahha

The Unforgetable Moment with you guys! ;)

Tiada ulasan: