Memaparkan catatan dengan label Pray. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pray. Papar semua catatan

Rabu, Oktober 29, 2014

Tips Bangun Solat S U B U H


Ramai golongan pekerja sangup bangun awal untuk pergi ke pejabat asalkan punch card tidak merah. Ramai pelajar mampu bangun awal demi mengelak terserempak dengan pengawas atau dimarahi cikgu disiplin.

Tetapi kenapa masih ramai yang masih liat bangun solat Subuh? Motivasikan diri anda untuk lebih mudah dan bersemangat bangun solat Subuh tanpa sebarang alasan berdasarkan tip berikut:


1. Ikhlaskan niat hanya kerana Allah s.w.t. dan berikanlah hak-hakNya. Niat yang ikhlas akan mendorong anda mengorbankan apa-apa kekangan yang menghalang seperti mengantuk, tilam dan bantal yang empuk, kesejukan yang menggigit dan sebagainya.

2. Tanam tekad yang jitu, semangat juang yang tinggi (strong will) dan muhasabahlah diri setiap hari.

3. Bertaubat daripada dosa dan berniatlah untuk tidak mengulanginya kembali.

4. Memperbanyakkan berdoa agar Allah s.w.t. memberikan kesempatan untuk solat Subuh.

5. Carilah kawan yang baik. Wujudkan komuniti (keluarga atau sahabat) yang boleh sama-sama bangun awal dan solat Subuh.Jika berseorangan terasa lemah untuk mujahadah, bertemankan sesama beribadah dan melakukan ketaatan.

6. Latih diri untuk tidur mengikut sunnah Nabi s.a.w. seperti dengan tidur awal agar mudah bangun awal, berwuduk sebelum tidur, tidur mengiring di atas rusuk kanan dan berdoa.

7. Elakkan makan lewat malam atau makan dalam jumlah yang banyak kerana ia boleh menyebabkan susah bangun awal pagi.Jauhilah juga minuman berkafein seperti kopi atau teh pada waktu malam, dikhuatiri susah tidur malam yang seterusnya akan membawa kepada susah bangun pagi dan berkemungkinan terlepas solat Subuh.

8. Pasang penggera yang boleh mengejutkan anda bangun untuk solat Subuh.Tetapkan supaya penggera berbunyi beberapa minit sebelum azan Subuh.Sebaik sahaja bangun, cuba hayati azan Subuh terutamanya lafaz “solat itu lebih baik daripada tidur”. Kemudian bingkas dan lekas berwuduk bagi menunaikan solat Subuh.

9. Ajaklah orang lain bangun solat Subuh dan mulakanlah dengan diri sendiri dan keluarga.

10. Cuba hayati keindahan waktu pagi, kesegaran udaranya, kedinginan hawanya, kicauan burung, suasana yang damai daripada hiruk-pikuk, mutiara embun yang jernih dan sebagainya.Kemudian tanamlah tekad ingin menikmati lagi dengan selalu bangun awal dan solat Subuh awal waktu.


Selamat mencuba, semoga niat murni kita ini memperoleh keberkatan dan keredhaan oleh Nya. InshaAllah



P/S: Kalau kita bebetul nak berubah yang penting NIAT dan DISIPLIN diri.. InshaAllah.. 



Sumber: Hamba Allah


Rabu, September 10, 2014

Qada' Solat





Assalamualaikum. . .



Harini aku nak membebel pasal qada' solat fardhu.. mesti ada dikalangan korang tak pernah tahu ataupon tau tapi bebuat taktau kan? temasoklah ngan aku sebelom ni.. so aku terasa cam nak share even ada diantara korang memang dah tau.. sebab aku rasa kadang² belom telambat untuk aku belajar dan berkongsi benda baik cenggini.. ye.. secara terang-terangan nampak kejahilan aku.. masih punya waktu untuk mengubah apa yang sepatutnya :')

Sambil² aku sibuk dengan keje.. sempat gak ah aku belek² website.. curik² tulang :D hahahaha so ada lah aku tebaca 1 belog neh.. yang menulis soalan² lazim yang sering dikemukakan.. sepertinya...:-



1. Mengqada'kan Solat

Soalan:
Adakah perlu mengqada' solat fardhu yang telah ditinggalkan atau cukupkah dengan bertaubat sahaja?
Abdullah, KL

Jawapan:

Pengertian qada' menurut bahasa ialah menunaikan dan membayar. Menurut istilah pula ialah menunaikan ibadat di luar waktunya atau masih di dalam waktunya. Mereka yang meninggalkan solat sama ada sengaja atau tidak, diwajibkan mengqada'kan solat itu di luar waktunya. Meninggalkan solat tanpa uzur yang syarie' dianggap berdosa. Uzur yang dibenarkan ialah dua perkara iaitu terlupa dan tertidur.

Mereka yang meninggalkannya sama ada terlupa atau tertidur atau sengaja, wajib bertaubat kepada Allah SWT dengan taubat yang bersungguh-sungguh. Taubat tidak akan diterima selagi tidak memenuhi syarat-syarat taubat iaitu, tidak lagi meninggalkan solat dalam keadaan bagaimana sekalipun, menyesal di atas segala perbuatan maksiat khususnya solat yang ditinggalkan dan berazam tidak akan mengulangi semua keburukan pada masa akan datang. Wajib ke atasnya mengqada' semula solat-solat yang telah ditinggalkan.




2. Masa Mengqadha' Solat

Soalan:
Bilakah tepat masanya yang sesuai untuk kita mengqadha' solat fardhu?
Jaffa, Singapura


Jawapan:
Para ulama sepakat bahawa mengqadha' solat itu wajib bagi orang yang lupa atau tertidur, sebagaimana dijelaskan dalam hadis Rasulullah SAW: "Sebenarnya bukanlah termasuk lalai kerana tertidur. Kelalaian itu ialah di waktu bangun. Maka apabila seseorang lupa solat atau ia tertidur, hendaklah ia melakukannya jika telah ingat atau sedar". Orang yang pengsan, tidak perlu mengqadha' solatnya, kecuali bia ia sedar itu cukup waktu untuk bersuci dan bersolat.

Adapun orang yang meninggalkan solat dengan sengaja, maka menurut mazhab Jumhur ia berdosa dan wajib mengqadha'. Sebaliknya Ibnu Taimiyah berkata: "Orang yang sengaja meninggalkan solat, tidaklah diperintah oleh syarak mengqadha' dan jika diqadha' juga maka tidak sah, hanya ia harus memperbanyak solat sunat".

Kemudian menurut Abu Hanifah, Malik dan Syafei berpendapat bahawa ia harus mengqadha' bila waktunya habis, bahkan Imam Malik dan Imam Abu Hanifah mengatakan bahawa barangsiapa yang meninggalkan solat atau beberapa solat, ia boleh mengqadha' sebelum solat yang waktunya hadir, ini bila yang sengaja ditinggalkan itu lima kali solat atau kurang, baik waktu hadir itu sudah habis atau belum. Namun kalau lebih dari lima waktu, maka dimulai dengan solat yang hadir waktunya itu.




3. Tertidur Waktu Solat Subuh

Soalan:
Saya mendengar ada orang mengatakan kalau kita terlewat bangun waktu Subuh lalu waktu Syuruk telah lepas, kita boleh terus sembahyang Subuh tanpa perlu niat Qadha'. Betulkah Ustaz? Kalau boleh Ustaz tolong jelaskan?
Abdullah, KL

Jawapan:
Jika kita terlewat waktu subuh kerana tertidur, sedangkan waktu syuruk telah lepas ataupun matahari telah terbit, maka ketika terjaga tersebut segeralah mengerjakan solat Subuh. Tidak perlulah kita berniat qadha', sebab terlepas sesuatu hukuman tersebut lantaran bukan sengaja. Namun jika kita mengetahui telah masuknya waktu subuh tetapi kita meneruskan tidur, maka perkara ini jelas berdosa.




4. Terlewat Solat Subuh

Soalan:
Saya telah terlewat bangun untuk mengerjakan sembahyang subuh sehingga luput waktunya, bolehkah saya mengerjakan sembahyang subuh itu walaupun telah luput waktunya atau saya perlu mengqadanya bila waktu zuhur?
MS, Shah Alam

Jawapan:

Meninggalkan solat secara sengaja adalah berdosa. Ini kerana solat itu adalah tiang agama. Sesiapa yang menunaikannya bererti telah mendirikan agama dan sesiapa yang mencuaikannya bererti meruntuhkan agama. Namun begitu bagi orang yang tertinggal solat bukan dengan cara sengaja seperti bangun subuh lewat dari waktunya, maka yang terlibat tidak berdosa.
Bagaimanapun ia dikehendaki segera mengqada'kannya tanpa menunggu masuknya waktu zohor. Ini berdasarkan sebuah hadis yang sahih yang menjelaskan Allah SWT tidak mengambil kira amalan yang dilakukan oleh umat Muhammad yang dilakukan secara tersalah, terlupa atau terpaksa.




5. Mengqada Solat yang Tertinggal
Soalan:
Bagaimanakah caranya untuk mengqadakan sembahyang yang tertinggal, dan apakah niatnya?
Azham,Sg Petani

Jawapan:

Para ulama sepakat bahawa mengqada solat itu wajib bagi orang yang lupa atau tertidur. Begitu juga meninggalkan solat dengan sengaja maka menurut mazhab jumhur ia berdosa dan wajib mengqadha. Menurut Imam Abu Hanifah, Imam Malik dan Imam Syafie, orang yang meninggalkan solat wajib mengqadanya. Bahkan Imam Malik dan Imam Abu Hanifah mengatakan bahawa barangsiapa meninggalkan solat atau beberapa solat, ia boleh mengqada sebelum solat yang waktunya hadir. Ini bila solat yang ditinggalnya itu lima kali solat atau kurang, baik waktu hadir itu sudah habis atau belum. Tetapi kalau lebih dari lima waktu, maka supaya dimulai dengan solat yang hadir waktunya itu.

Mengenai niat, cukup dengan menanamkan niat dalam hati bahawa solat yang akan kita kerjakan itu merupakan solat qada dari solat-solat tertentu yang tertinggal.






Aku sekadar Copy & Paste untuk makluman korang.. so lepas ni.. bila kita tetinggal solat.. bolehlah kita qada' kan solat kita tu.. Islam itu mudah sebenarnya.. tapi manusia yang suka menyukarkannya.. Allahualam..

Dan aku nak share belog ni ---> Klik Sini untuk keterangan lanjut tentang Qada' Solat Fardhu dan hukum² nya. Selamat Membaca ;)



Selasa, Ogos 26, 2014

Kelebihan Solat Dhuha & Kehebatan Doa Solat Dhuha


Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum w.b.t..
Harini aku nak share sikit ilmu dengan korang.. even aku takde la bagus sangat. tapi tak salah kalau kita sharing ilmu yang kita pelajari kan? sharing is caring aite? so kat bawah neh ada lah sikit cara² dan pengetahuan mengenai solat dhuha..

Aceli aku mula tertarik untuk melakukan masa aku baca terjemahan mengenai solat dhuha.. memang sebelom ni aku jahil bab² agama even dulu aku penah sekolah agama.. maklom la.. masa kecik² baik mengikot perintah.. bila dah membesar.. pengaruh kawan² lebih berkuasa.. hilang la segala ilmu yang aku belaja dulu.. sad me -___-"
Antara ayat² didalam doa dhuha yang membuat aku memula dengar sehingga menitiskan airmata, "Ya Allah, jika rezeki masih di langit, turunkanlah, jika di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh."

Dan seorang daripada kawan aku nama shahril nizam a.k.a gemok a.k.a jebat, yang sebelom ni lebih kurang je nakal sesama dulu dan sekarang alhamdulillah.. sejuk je dada tengok.. dia ada berpesan, "Sya.. rajin lah buat solat dhuha, 2 rakaat pon jadilah.. kemudian kau mengadu lah dengan Allah mintak kehidupan yang baik, murahkan rezeki kau, tetapkan iman kau.. inshaAllah.. Allah tu mendengar sya.. Allah maha mengetahui. tapi kau kena disiplin la.. kena kuatkan iman kau.. jangan skip².. inshaAllah sya.."
Alhamdulillah.. hati aku betul² tersentak dengan pesanan gemok and lepastu.. aku memulakan solat dhuhaku sehinggalah kehari ni.. alhamdulillah.. hati tenang.. and since aku mula buat solat dhuha.. solat 5 waktu aku pon dah mula disiplin.. alhamdulillah.. syukur sangat :')


Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda : Allah telah berfirman:
“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.”
(Riwayat Ahmad)

Hadis Qudsi ini menganjurkan kita mengerjakan Solat Dhuha yang mana antara faedahnya, Allah Ta’ala memberi jaminan akan melaksanakan segala keperluan-keperluan keduniaan manusia setiap hari.

Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah SAW sendiri ialah solat sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:

“Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :
“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”

Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”
(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas”(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)

Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai se-penggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.

Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud :”Adalah Nabi SAW bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehedakinya.” (Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)

Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda bermaksud :

-Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak 2 rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang lalai daripada mengingati Allah

- Barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak 4 rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat

- Barangsiapa yang menunaikannya sebanyak 6 rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut

- Barangsiapa menunaikanyan sebanyak 8 rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat

- Barang siapa yang menunaikannya sebanyak 12 rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,”
(Riwayat At-Thabarani ).


Cara melaksanakannya

Banyak bahan media cetak yang boleh dirujuk bagi mengetahui cara melakukan solat sunat Dhuha ini merangkumi bacaan-bacaan dalam solat hinggalah dalam sujud dan doa setelah selesai ibadat tersebut.

Cuma secara asas dan mudahnya berdasarkan hadis-hadis Nabi, solat sunat Dhuha ini dilakukan seperti solat-solat lain, cuma bacaan yang dianjurkan Baginda s.a.w. selepas al-Fatihah, menurut hadis yang disampaikan oleh Uqbah bin Amir, ialah surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. (Riwayat al-Hakim)

Kebiasaan yang dilakukan oleh para ulama iaitu pada rakaat pertama dibaca surah Fatihah dan surah Wasy-Syamsi atau surah Al-Kafirun. Manakala rakaat kedua dibaca Al-Fatihah dan surah Ad-Dhuha atau surah Al-Ikhlas.

Namun begitu, perkara (bacaan dalam solat) ini adalah sesuatu yang subjektif dan tidak statik. Maka tidak perlulah hanya terikat dengan kaifiat tertentu dan bacaan tertentu. Apa yang penting, solat tersebut diniatkan dengan betul, syarat-syaratnya dipenuhi dan rukun-rukunnya disempurnakan sebaik-baiknya. Begitu jugalah dengan doa selepas solat tersebut.

SOLAT SUNAT DHUHA

1) Bilangan rakaat : 2 hingga 12 rakaat (2 rakaat 1 salam)
2) Waktu : Pagi anggaran 8.00 pagi hingga 12.30 tengahari
Niatnya:
"Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"

Baca doa ini selesai solat


Maksudnya:
Ya ALLAH, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu,
kecantikan itu adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya ALLAH, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.


Ahad, Ogos 24, 2014

Menarik, Tertarik, Hakak memang De Bomb!



Assalamualaikum W.B.T and selamat morning kalian..
Dipagi yang tenang lagi indah neh. Tetibe lepas je subuh. Aku terasa cam nak membebel.. Sementara nak tunggu waktu dhuha. So bole la aku membebel sepatah dua kata. Aceli ada la cerita menarik yang buat aku tertarik even ada kesedihan tatkala membaca en3 hakak sorang neh yang merupakan bestfriend por eber eber kepada isteri co-pilot dalam nahas MH17 yang menyedihkan seluruh umat manusia dimuka bumi ini. Memang sangat tragis kejadian yang berlaku pada bulan lepas dimana kita sedang menjalani bulan ramadhan yang mulia. Ok. Tapi en3 aku hari neh bukan sebab nak bersedih.. Sekadar nak meng-share cerita pengalaman hakak neh menjalani detik2 disaat bestfriend dia dilanda berita yang amat menyedihkan kerana kehilangan suami tercinta. Aku siap amek masa dalam berejam gak nak habiskan baca en3 hakak tu. Even dalam keadaan sedih. But she still can make a joke. Bayangkan.. And bayangkan gak perasaan dia sewaktu menghapdet cerita tu.. Siyes aku bole rasa apa yang hakak tu rasa tapi dia boleh rilex hapdet blog dia sambil melawak. Tu adelah salah satu cara untuk dia memyembunyikan perasaan sedih and sebak dia. Sebab.. Sesetengah pompuan memang pandai menyembunyikan perasaan sedih ataupon sebak ataupon pape perasaan sekalipon dengan membuat orang lain ketawa. Dalam hati.. Tuhan je yang tau beb.. Siyesss!

Ok dari aku bebual panjang lebar sampai korang pon naik jelek nak baca panjang2.. Neh aku share link hakak de bomb tu so boleh la korang baca sendiri.. And dalam masa yang sama. Bole amek iktibar  dari cerita dia. Kita kenalah sentiasa beringat yang dunia ini hanyalah pinjaman semata and sementara.. Aku takde lah cakap aku neh baik or tetibe nak jadi ustazah tak bertauliah sebab aku dah berhijrah. Tapi benda neh bole difikirkan secara logiknya dan.. 1 je pepatah yang aku sentiasa beringat dari dulu sampai la sekarang..  "Jangan terlalu seronok dengan keindahan dunia kerana.. Akan tiba 1 hari nanti.. Pasti.. Allah neh kalau nak tarik apa yang kita ada bebila masa je.." Even dulu aku neh terlalu seronok dengan dunia. Kadang2 memang akan terdetik sikit kat hati aku, "Sya.. Kau jangan seronok sangat.. Beringat sket.. Allah kalau nak tarik keseronokkan kau neh. Anytime je." Siyess!! Tak banyak. Sikit. Mesti tedetik kat hati kecik aku. Maksud aku bukan dorang atau sesiapa pon terlalu berseronok dengan nikmat dunia. Aku tulih camni sekadar perumpamaan. Tak kira sebenarnya kita berbuat baik ataupun tak. Maksud aku sekadar nak memberitahu yang kita dibumi Allah S.W.T neh  semuanya sementara. Dia akan sentiasa menguji, memberi dugaan, memberi peringatan kepada kita tak kira apa cara sekalipun. Apa yang terjadi dimuka bumi ini semuanya telah ditakdirkan dan telah ditentukan olehNya.. Hanya Dia maha mengetahui setiap apa yang terjadi dimuka bumi ini. Wallahualam.. Seandainya ada tersalah coret atau tersilap bahasaku.. Harap dimaafkan. Aku sekadar berkata kata untuk dikongsi bersama. Jika salah. Tegurlah aku dan jangan diikuti.

Da panjang aku bebel ni. Terasa over lebih lak.. Hahahha.. Haa korang g la usha2 pengalaman hakak de bomb neh.. Click Here

Ok lah. Its time to cau cin si :)
Deepest condoles to all family and friend #MH17 #MH370 #GAZA
Wassalam. . .




Tepian bucu katil,
7:35am


Jumaat, Ogos 22, 2014

Surah Al-Kahf Dan Kelebihannya. . .








MENGELAK FITNAH DAJJAL surah al-Khafi 1-10



Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi
Maha Mengasihani.

Diriwayatkan hadith dari Ma'dan b Abi Talhah al-
Yakmariyi hadith dari abi Dardak bahawasanya

Nabi (s.a.w) bersabda: 'Barangsiapa yg hafal
sepuluh beberapa ayat dari ayat-ayat awal Surah
al-Kahfi, dijaga dia dari kerosakan Dajjal.' Hadith
Muslim, Kitab Solat]

Hadis pendek ini menyebutkan bahawa sesiapa
yg berjaya menghafal 10 ayat permulaan Surah
al-Kahfi itu (dan dia hafal selama-lamanya
sehingga mati dia), maka dia dipelihara oleh
Allah dari ftinah atau huru hara Dajjal yg akan
diwujudkan Allah ketika dunia hampir kiamat.
Salah satu tanda akan kiamatnya dunia adalah
turunnya seorang makhluk yang disebut Dajjal
yang akan bermaharaja lela di dunia sebelum
kiamat dunia. Ketibaan Dajjal adalah satu
daripada tanda-tanda dunia akan kiamat.
Fitnah Dajjal disebut oleh
nabi s.a.w sebagai
fitnah yang terbesar akan menimpa manusia.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda (yang bermaksud) : “Sejak penciptaan Adam
sehinggalah terjadinya kiamat tidak ada perkara
lain yang lebih besar dari Dajjal.” (Hadis riwayat Muslim)


Daripada Ali yang meriwayatkan daripada Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam, Baginda bersabda yang maksudnya:

“Barangsiapa membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya dirinya terpelihara hingga lapan hari, daripada segala fitnah yang melanda, dan jika keluar Dajjal sekalipun, dia akan terpelihara daripadanya.”

(Al-Dhurr al-Manthur oleh al-Suyuti 5:355)


Abu Sa`id al-Khudri radhiAllahu `anhu beliau berkata bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:

“Barangsiapa membaca surat al-Kahfi pada hari Jumaat, maka ALLAH terangi ia dengan cahaya di antara dua Jumaat.”

(HR al-Hakim dan Baihaqi, disahihkan oleh al-Albani)






Semoga ALLAH Ta`ala memberikan kita semua dengan kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat. Dan semoga dijauhkan dari azab api neraka, amiin…

ALLAHU A`LAM.

Sekadar menyampaikan.


Isnin, Disember 09, 2013

Doa Taubat (Penenang Jiwa)





Ilaa hilaastu lil Firdausi ahla
walaa aqwaa ‘alaa Naaril Jahiimi
Allah, fahablii taubatan waghfir dzunuubii
fainnaka Ghafirun dzambil ‘adziimi

Tuhanku aku tidak layak untuk syurgaMu

Tetapi aku tidak pula sanggup menanggung seksa nerakaMu
Dari itu kurniakanlah ampunan kepadaku ampunkanlah dosaku
Sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar..