Isnin, April 17, 2017

Camping ke Jerangkang 3.0 14 - 16/4/17


Assalamualaikum..

Dan sekali lagi aku masok Jerangkang untuk bawak student. tapi kali neh kitaorang hanya handle untuk activities je iaitu Monkey Zipline dan Water Abseiling.


Trip kali neh aku bawak cousin dan anak aku skali.. saja nak bagi dorang merasa.. so kali neh kitaorang makan secara gotong royong kami² je.. best dan ohsem? opkosss!! hahahha










Isnin, April 03, 2017

Camping ke Jerangkang 2.0 30/3 - 2/4/17



Neh Trip aku kena bawak 40 orang student dan pensyarah dari Melaka. membe aku Emad mintak tolong untuk turut serta jadi Urusetia. jadi aku pon taknak la lepaskan peluang. trip yang kami sediakan khemah, makan dan minum, trekking, monkey zipline, water abseiling dan macam² lagi..

Yang sebenarnya aku dah mental sebab Trip aku Kepulau telah di kencing oleh membe aku sendiri.. hare!! hahahha takpe la. apa yang jadi ada hikmah dia..


Lepastu aku tukar ke Plan B pulak nak pegi Pulau Kapas dengan Ain dan 2 orang lagi kawan aku. bila nak siap² beli ration dan packing barang. tetiba membe aku yang 2 orang tadi krikk krikk pulak. kejap nak pegi kejap taknak. end up Ain cakap "kita pegi next time la akak. minggu neh kita masok Jerangkang, nak? Abang Emad mintak tolong kita handle student untuk main tali." aku pon teros reply "ON".

Repacking barang balik. siap² teros gerak ke LRT Gombak. sampai LRT Gombak kitaorang berkumpul makan² kol 11:30pm gerak.



Sampai Jerangkang kol 5am camtu. teros setting hammock, pacak tent. rest kejap. kol 8 terjaga. bangun² buat breakfast then setup tent untuk student².


 Lepas settle bab tent. kitaorang settle bab makan malam pulak. chef sorang je. tukang tolong chef kitaorang lah hahha.. dapat lah pengalaman siapkan makanan untuk student². walaupon penat tapi seronok.


Lepas makan malam. Abang Radzi buat activity untuk student² ni. ada games la. buat pertandingan la. macam². student pulak ada la dalam 36 orang.. memang riuh la kan. sampai la kol 12 malam baru la aku dapat nak lena.






Keesokkan harinya. terjaga kol 7 teros kelam kabot bangun nak tolong siap² kan breakfast. settle breakfast. bawak student² neh trekking naik ke Kolam 20. spot orang selalu amek gambar kalau ke Jerangkang. sambil² tu mana yang nak mandi. boleh la mandi. dah puas mandi, ambik gambar. kol 11 lebih kitaorang turun untuk makan tengahari dan next activity Monkey Zipline dan Canyoning.


Pengalaman yang tak dapat dilupakan bersama student KPMB, Melaka yang super ohsem!


Isnin, Mac 27, 2017

L I M A Langkawi 19 - 26/3/17



Assalamualaikum..

Hey.. Kali neh aku nak cerita pengalaman aku kena outstation KL - Kedah - Langkawi - Kedah - KL..

Penat toksah cite la.. memang penat sebab pegi kesana drive. dan kali neh aku ke Langkawi atas urusan kerja sambil berjalan. jyeahhhh!!

Ok tak berapa nak creative idea aku nak membebel kali neh. so aku belanja gambar jela eyh?






















Sempat la balik tu kitaorang stay sehari kat Kampong boss aku. so dapat la aku berjalan ke Tanjung Dawai, Pantai Merdeka.. Alhamdulillah..

Isnin, November 21, 2016

Gua Batu Maloi Dan Bukit Batu Putih



Assalamualaikum..

Harini aku nak share pengalaman pertama aku mengexplore Gua Batu Maloi.. trip yang aku taknak pon pegi tapi cousin aku pujuk sehabis pujuk untuk aku follow dia pegi trip neh.. actually dia ada ajak 2 minggu sebelom.. tapi aku cakap kat dia aku taknak.. lastly 2 hari sebelom nak pegi tu dia call aku.. pujuk aku untuk temankan dia.. so aku pon on jela memandangkan aku takde plan pape minggu tu..

Petang Jumaat tu aku begerak ke KTM Kg. Batu untuk ke KL Sentral dan kemudian amek Putra ke Station Universiti. aku kena tido umah cousin aku malam tu supaya senang pagi nanti nak gerak teros.

Subuh Sabtu tu bangun. mandi. solat. pastu teros standby kawan cousin aku datang amek. kol 7am baru begerak dari area Bangsar terus menuju ke Highway Sg. Besi. on the way tu kejap kejap kitaorang terlelap. sebab macam mendung je. tu yang mata pon layu hahha

Sampai dekat RNR Seremban. kitaorang berkumpul. teros begerak ke arah Johol, Negeri Sembilan. ada dalam 45min perjalanan. kami pon tiba ke destinasi.. Gua Batu Maloi


Gambar selesai taklimat dari Guide

untuk pertama kali aku memulakan pengalaman mengexplore gua.. jyeahhh!! 






Yeayy Kami Berjaya!!

Setelah selesai mengharungi susah payah dalam gua tu. merangkak, berjalan menggunakan lutut dan siku. macam macam gaya.. selama 5jam lebih.. dengan hujan kejap renyai, kejap lebat.. akhirnya kami selesai checkpoint.. naik dengan segera sebab takot kepala air.. berkumpul dan turun ke checkpoint pertama mengikuti jalan darat.. hujan masih tak berhenti.. sejuk dok bekubang dalam air sungai tak habis lagi.. tambah pulak air hujan.. terketar ketar la gigi aku dibuatnya.. sampai je bawah teros makan.. laparrrrrrr hahha

Dah settle makan. mandi bersihkan diri. berkumpul kemudian kitaorang bergerak ke arah Port Dickson. destinasi seterusnya, Bukit Batu Putih. jyeahhh!





Mendaki selama 20minit je untuk ke puncak. takde tinggi sangat pon. view yang sangat ohsem. tapi ramai orang dah peak dia kecik je.. muat la untuk 20 orang lebih sikit.. tempat ni berdekatan dengan Tanjung Tuan. kalau nak pegi elok la pegi time weekdays kalau nak dapat view yang paling ohsem.. takde la berebut atau nak kena tunggu giliran untuk bergambar.. papepon stay safe!!

Lepas dah turun dari Bukit Batu Putih kitaorang pon teros ke Apartment yang kitaorang sewa untuk bermalam. masak masak, gelak gelak, makan makan, lepak lepak.. pastu mandi. tido. esok nak ke pantaiiiiiiiii



Dorang dah settle mandi.. aku balik apatment mandi, siap siap.. dah siap semua.. makan.. checkout!



BALIKKK!!!!