Memaparkan catatan dengan label Friends. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Friends. Papar semua catatan

Isnin, April 17, 2017

Camping ke Jerangkang 3.0 14 - 16/4/17


Assalamualaikum..

Dan sekali lagi aku masok Jerangkang untuk bawak student. tapi kali neh kitaorang hanya handle untuk activities je iaitu Monkey Zipline dan Water Abseiling.


Trip kali neh aku bawak cousin dan anak aku skali.. saja nak bagi dorang merasa.. so kali neh kitaorang makan secara gotong royong kami² je.. best dan ohsem? opkosss!! hahahha










Isnin, November 21, 2016

Gua Batu Maloi Dan Bukit Batu Putih



Assalamualaikum..

Harini aku nak share pengalaman pertama aku mengexplore Gua Batu Maloi.. trip yang aku taknak pon pegi tapi cousin aku pujuk sehabis pujuk untuk aku follow dia pegi trip neh.. actually dia ada ajak 2 minggu sebelom.. tapi aku cakap kat dia aku taknak.. lastly 2 hari sebelom nak pegi tu dia call aku.. pujuk aku untuk temankan dia.. so aku pon on jela memandangkan aku takde plan pape minggu tu..

Petang Jumaat tu aku begerak ke KTM Kg. Batu untuk ke KL Sentral dan kemudian amek Putra ke Station Universiti. aku kena tido umah cousin aku malam tu supaya senang pagi nanti nak gerak teros.

Subuh Sabtu tu bangun. mandi. solat. pastu teros standby kawan cousin aku datang amek. kol 7am baru begerak dari area Bangsar terus menuju ke Highway Sg. Besi. on the way tu kejap kejap kitaorang terlelap. sebab macam mendung je. tu yang mata pon layu hahha

Sampai dekat RNR Seremban. kitaorang berkumpul. teros begerak ke arah Johol, Negeri Sembilan. ada dalam 45min perjalanan. kami pon tiba ke destinasi.. Gua Batu Maloi


Gambar selesai taklimat dari Guide

untuk pertama kali aku memulakan pengalaman mengexplore gua.. jyeahhh!! 






Yeayy Kami Berjaya!!

Setelah selesai mengharungi susah payah dalam gua tu. merangkak, berjalan menggunakan lutut dan siku. macam macam gaya.. selama 5jam lebih.. dengan hujan kejap renyai, kejap lebat.. akhirnya kami selesai checkpoint.. naik dengan segera sebab takot kepala air.. berkumpul dan turun ke checkpoint pertama mengikuti jalan darat.. hujan masih tak berhenti.. sejuk dok bekubang dalam air sungai tak habis lagi.. tambah pulak air hujan.. terketar ketar la gigi aku dibuatnya.. sampai je bawah teros makan.. laparrrrrrr hahha

Dah settle makan. mandi bersihkan diri. berkumpul kemudian kitaorang bergerak ke arah Port Dickson. destinasi seterusnya, Bukit Batu Putih. jyeahhh!





Mendaki selama 20minit je untuk ke puncak. takde tinggi sangat pon. view yang sangat ohsem. tapi ramai orang dah peak dia kecik je.. muat la untuk 20 orang lebih sikit.. tempat ni berdekatan dengan Tanjung Tuan. kalau nak pegi elok la pegi time weekdays kalau nak dapat view yang paling ohsem.. takde la berebut atau nak kena tunggu giliran untuk bergambar.. papepon stay safe!!

Lepas dah turun dari Bukit Batu Putih kitaorang pon teros ke Apartment yang kitaorang sewa untuk bermalam. masak masak, gelak gelak, makan makan, lepak lepak.. pastu mandi. tido. esok nak ke pantaiiiiiiiii



Dorang dah settle mandi.. aku balik apatment mandi, siap siap.. dah siap semua.. makan.. checkout!



BALIKKK!!!!

Ahad, September 18, 2016

Trekking and Camping to Sungai Pisang



Assalamualaikum..


Harini aku nak share pengalaman aku bercamping ke Sungai Pisang. hari sabtu tu. kol 12pm lebih membe aku Adiq a.k.a Hafiz whatsapp aku "aku bosan wehh.. aku nak lari malamni. camping. kau nak follow tak?" bincang punya bincang kol 1pm lebih kitaoang confirm untuk g camping kat Sungai Pisang. tu jela paling dekat dan senang sket la nak pegi memandangkan macam dah lewat kalau nak pegi jejauh kan. kol 3pm lebih Adiq sampai ngan membe dia. kitaorang pon menyusur ke Gombak Bt. 12. sampai je parking kete dan terus bergerak masuk..





 Setelah 1jam lebih kitaorang trekking. sampai la kat camp site. aku setting hammock dan dorang dok carik kayu nak buat unggun api. memula kitaorang masok bertiga je. yang lain sampai lambat sebab ada kejadian yang tak dapat dielakkan.


Camp site kitaorang. aku dengan gamble tak pakai fly sebab takde hahhaha

Dan bila menjelang malam. hanya kitaorang je. agak seram gak la aku. yang dorang neh keje dok kena kan aku je.. hampeh btol.. kitaorang masak air and layan main card sambil nak tunggu yang lain datang. dan selepas tu pegi mancing! yeayyyyy


Dorang sampai dalam kol 9pm lebih kitaorang dah siap siap nak pegi mancing. yeahh for the 1st time aku pegi mancing malam kat sungai hahhaha -___- tapi syiokkkkkk!



Neh ikan yang dorang dapat

Kol 1am lebih benti mancing. banyak gak dapat ikan. ok kali neh aku dapat merasa siang ikan tepi sungai kol 2 pagi.. pengalaman baru!! hahahahha settle dah siang ikan and basuh pinggan, mestin. aku ngan Adiq naik.. pastu kitaorang continue main card sampai kol 4pagi hahahahha


Dah mengantok. kitaorang sume tido. tinggal Gemok, membe Adiq, Kak Mas dan Abg Jin tak tido. anak Kak Mas sakit perot plak malam tu. aku dah ngantok tak sedar apa dah malam tu. tejaga kol 6am lebih pastu aku tengok awan macam mendung nak hujan. bila dah menitik. dengan segera aku tarik hemok masok dalam khemah Adiq tumpang berteduh. khemah dia pon boleh tahan gak rupa hahhaha.. bole la dari takde kan.. hujan benti je kitaorang teros ke sungai. apa lagi mandi!! sejuk ketaq kol 8 pagi masok ayaq terjun.. mana tak sejuk ahhahhaha


 Dah mandi mandi.. kitaorang naik sebab lapar.. lepas makan dorang continue mandi aku sambong tido hhahahahaha

Kol 2 lebih aku terjaga.. dorang naik. lepak lepak minum, borak borak. makan makan. ambik ambik gambar. bergelak sakan. menyewel. hahahhaha







 Kol 4 lebih kitaorang siap siap kemas barang untuk bergerak pulang. best gila walaupon kejap je. merasa la dikenakan dorang minum air nescafe campo kopi campo teh campo gula campo creamer.. natanggg potong kaki!! meggi kembang kaw! tapi sebab hutan dan lapar. sungguh menyelerakan!! hahahahahaha



Balikkkkk!







Jumaat, Februari 13, 2015

Shou Gong Nite


Assalamualaikum..

Akhirnya.. hari yang ditunggu-tunggu telah tiba. Annual Dinner office ku.. perasaan bercampur baur. excited, nervous semua ada. yang penting. aku tak sabar nak menggayakan baju baru! ahaks!

Tadaaaa! neh la baju aku.. tersangat lah berpuas hati dengan pilihan color dan gaya aku malam ni. kena la sentiasa berkeyakinan tinggi kan. hehehhe

Aku dan HR aku menjaga counter registration. sama lah macam tahun lepas.

Geng² yang satu table. budak Despatch for both company. 

Yang ni pulak aku bersama HR and budak Safety

Karaoke Competition. gelabah terok!!

Alhamdulillah

Alhamdulillah. tahun neh aku dan HR dapat lucky draw. kitaorang mesti akan dapat no dekat atau terbalik. perasan dan 2,3x benda neh. ke perasaan je? ehh? hahhahha


Seksateri for Project Department and QS Department


Sesi bergambar. berselfie. nampak tak betapa sporting nya boss² aku boleh layan anak² buah berselfie dengan monopod hahhahahaha cool!!


Sekian. hahahhaha


P/S: aku malas nak berkarangan panjang². ku biarkan gambar berbicara. cewahhh!! 





Isnin, Februari 02, 2015

Seharian


Disebabkan rumah aku takde air pada belah paginya. aku ngan family pon bersiap² lah kerumah makngah ku. keras woo bila rumah takde air. aku yang sepatutnya kerja terpaksa lah amek emergency leave. lepas makan tengahari. selepas selesai tanggungjawab semua. aku bersiap² untuk ke Bangi. dah alang² nak ke Bangi atas urusan sket. so aku halo² mamat macho kecik molek ni. lepas settle urusan aku. aku pegi lah amek mamat neh kat Utusan Bangi. susah woo nak jumpa orang penting Utusan neh.. kena buat appointment bagai hahaha



Lepas dapat lepak kejap. kemudian aku rushing pulak kena jumpa ngan salesman kete. tak pepasal mamat neh kena teman sekali hahha.. sampai nak ketengah malam aku berbincang n berborak ngan salesman tu.. kesian mamat neh terpaksa join sekali. papepon thanks la sebab ada lah orang boleh tolong untuk aku buat keputusan kan.. dah settle hal dengan salesman. aku hantar balek mamat neh ke Utusan then aku terus bergegas ke Kg. Pandan jumpa adek kesayanganku.

Sampai di Kg. Pandan, aku teros park didepan rumah Nana. sesi meluah apa yang nak diluahkan. bersyukur sangat sebab aku punya family angkat, adik angkat yang aku dah anggap macam family and adik aku sendiri. pabila aku atau dia punya masalah. dekat dia atau dekat aku kami akan meluahkan rasa memasing. aku taknak Nana keserabutan berpanjangan.. kitaorang g jalan² kat KL tenangkan kepala memasing. lepak depan KLCC la.. begelak ketawa, beli ice cream. buat je apa yang terlintas kat kepala otak kami. sampai la kol 4am. dah penat kami balik. rasa lega sangat!!




Selasa, Mac 09, 2010

Bila budak sengal dari Singapore datang Malaysia then kena buli


  
  
  
hahahhahahhaha.. pape pon.. beshhh~ akan ku tunggu kamu pulang dari kota London.. nanti sambung kena buli lagi k..