Selasa, September 23, 2014

Uri Bayi Dan Produk Kecantikkan



Assalamualaikum w.b.t

Penah tak korang dengar sebelom ni uri bayi digunakan untuk produk kecantikkan? first time aku terbaca (mungkin ketinggalan sket aku ni) tadi.. agak terkedu gak ahh.. sumpah jadi speechless + loya + nak menanges.. sume hado!

Korang baca petikan bawah ni yang aku copy dari belog yang aku belek² tadi..

Uri Bayi Ataupun Placenta Dalam Produk Kosmetik

Sering bermain difikiran pada pengguna produk kosmetik terutama pengguna Muslim yang menitik beratkan kesucian, kebersihan dan status kehalalan yang diiktiraf oleh badan yang bertanggung jawab antaranya JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) dan JAIN (Jabatan Agama Islam Negeri).

Semua produk kosmetik/penjagaan diri BeautyFrenz tidak mengandungi sebarang bahan yang berkaitan dengan uri/placenta dan lebih kearah dari sumber tumbuhan dan tradisional yang telah terbukti sejak zaman berzaman antaranya ialah ektrak biji bunga matahari, aloe vera, minyak zaitun serta ektrak gamat.

Tapi kenapa dan mengapa uri/placenta bayi jadi pilihan pada kebanyakan produk kosmetik dipasaran? Itu persoalannya.

Placenta adalah organ yang menghubungkan janin kepada ibu untuk pemindahan oksigen dan nutrien kepada janin dan bahan buangan janin kepada ibu. Placenta juga digunakan secara meluas sebagai sumber ekstrak untuk digunakan sebagai bahan dalam pelbagai produk pengguna seperti pharmecuticals, kosmetik, produk penjagaan rambut, tonik kesihatan, dan produk makanan lain.

Dikatakan bahawa Plasenta adalah yang terbaik sebagai produk anti-penuaan. Kosmetik Plasenta bertindak dengan merangsang fungsi sel pembaharuan dalam badan. Akhirnya, sel fungsi pembaharuan membantu untuk melambatkan proses penuaan. Semasa tahun-tahun awal penggunaannya, pengeluar kosmetik/penjagaan diri percaya bahawa sel-sel plasenta membantu meningkatkan merangsang pertumbuhan tisu dan kedutan dikeluarkan.

Namun bagi BeautyFrenz, altenatif selain daripada placenta tidak kurang hebatnya seperti gamat yang diketahui umum bahawa mampu mempercepatkan proses membina sel baru kulit. Malah, minyak zaitun dan aloe vera juga bertindak sebagai ejen mengurangkan kedutan yang telah diketahui dan terbukti kebersanannya sejak dahulu lagi serta mendapat pengiktirafan antarabangsa.
Fikir-fikirkan...



Dan Soal Jawab dari salah satu website yang aku baca:-

Uri Bayi Untuk Produk Kosmetik
Posted on Monday, 17 May, 2010 by Abul Harith

Soalan : Saya ditanya oleh seorang ketua jururawat di hospital besar tentang pandangan Islam terhadap pengurusan placenta (uri bayi selepas lahir). Saya percaya soalan ini timbul berdasarkan fakta bahawa terdapat syarikat kosmetik menggunakan placenta untuk menghasilkan produk kecantikan. Soalan jururawat tersebut adalah adakah satu kewajipan untuk mengebumikannya ataupun dibenarkan untuk diberi kepada pihak ketiga.

Dijawab oleh Sheikh `Abd al-Rahmân al-Jar`î, Professor di Universiti King Khâlid, Abhâ


Uri bayi adalah sebahagian dari badan wanita. Ia sepatutnya dikebumikan (diuruskan) sebagaimana bahagian badan lain yang dikebumikan apabila ia telah dipotong.

Ia tidak boleh digunakan untuk tujuan kosmetik oleh syarikat atau sesiapa sahaja.

Walaubagaimanapun, ia boleh didermakan untuk kegunaan terdesak kepada orang lain jika terdapat keperluan perubatan untuk rawatan.

Dan ALLAH mengetahui yang terbaik.

Sumber : Arkib Fatwa, http://islamtoday.com

Tiada ulasan: