Jumaat, Januari 13, 2017

Trip Ke Gunung Rajah via KKB



Assalamualaikum..

Kali neh aku nak share pengalaman ke Gunung Rajah via Kuala Kubu Bharu yang agak layaaaaannnnnnnnnnnn trek nya hahhha.. agak berkicap kipas udang jugak la tapi Alhamdulillah dengan kederat yang tak seberapa aku berjaya sampai ke puncak! *yeahhh*

6th January 2017, Jumaat

Sepatotnya plan nak berkumpul 10 pagi di Fazleena Maju, Kuala Kubu Bharu. tapi memandangkan malam tu kami berseploh, sebelas orang berkumpul untuk beli barang² ration dan packing untuk group siang nak bawak esok. sehabis kederat kami la bertungkus lumus carik barang kol 2pagi tu. sampai Kajang, basoh ayam, kambing dan siap packing² untuk dibahagikan sama rata. kol 5 lebih pagi tu baru aku dan Areep gerak dari Kajang. dengan tak cukup tido. Areep pon tak cukup rest kelmarin sampai dari Johor pastu berjalan je kitaorang semalam tu pastu sebelom berkumpul tu kitaorang baru pas jogging kat Putrajaya. sampai je rumah teros aku out off service. nak kumpul tenaga untuk siang nanti.

  (Sesi acah² meeting sebelom pegi beli ration)



Bukak je mata tengok jam kol 10 lebih pagi. Shitt!! kelam kabot aku siap teros gerak ke Kuala Kubu Bharu. trip kalini neh anak jantan aku pon follow skali. so untuk pertama kalinya la anak aku follow aku bercamping dan hiking.

Sampai je Kuala Kubu Bharu dekat kol 1 lebih. teros isi perot. kebulur namati! dah siap makan sume teros gerak ke Kg. Pertak sebab yang lain sume dah tunggu kat sana. hmm nasib baik lepas pack ration tu memasing dah bawak balik siap². jadi sampai je di KKB memasing dah ada ration bahagian memasing untuk dibawak. 

Dekat kol 3 petang jugak la baru kitaorang bergerak masok. Dengan langkah kanan.. Bismillahirohmanirohimmmm..


Alhamdulillah.. tiba je kami di camp site BMW dalam kol 6 petang.. siap² untuk setup camp site sume.. pastu membongkang sampai kol 8 lebih.. laparrrrr namatiiiii.. nasib Areep ada bawak ayam dengan kambing.. pastu ada yang bawak minyak.. jadi dapat la kami bermaggi kari tumis dengan ayam dan kambing goreng.. Alhamdulillah kenyangggggggggggg..


Dekat kol 2 lebih pagi baru la yang lain sampai. kalau tak makan tadi mau keras memasing kelaparan. dah la sejuk. dorang bangun makan² lepastu borak² lepastu ada yang masok tido ada yang melepak lagi. aku yang memang dari tadi mengantok tak hilang lagi. sambung tido jela cite dia.

kol 8 pagi aku terjaga. siap² untuk ke puncak. breakfast. kol 9 lebih kitaorang gerak perlahan menuju ke puncak. trek dia memang layaannnnnnnnnnnn~ hahaha kol 6 lebih baru sampai puncak. macam² kenangan dapat dalam perjalanan naik dan turun selama 9 jam.



 Group last sampai puncak. group 2nd last sampai camp site hahha
 yeayy!! we did it!!


Alhamdulillah.. sampai puncak. dibelanja awan karpet, view yang MasyaAllah cantik.. tapi menggigil tak hingat. beku!! nasib aku tak hypo macam kat Nuang aritu. hajat kami tercapai untuk sampai kepuncak bersama. merasa la aku tido on trek masa turun tu. sebab tak cukup ration. memasing dah weak. benti tido kat trek sekali. lepastu tido kat Kem RNR sejam. beku memasing tapi disebabkan penat dapat gak lena. last sekali benti tido and topup energy kat Kem Renoma. aku yang tak minum Horlicks neh pon telan gak sebab nakkan energy punya pasal. tapi serious rasa sedap gila hahhaha.. kami sampai je di Camp Site BMW dekat kol 3 pagi. teros dorang hidangkan makanan. tak dan nak tuka baju, bukak kasot. tangan tak cuci pon. teros ngap ayam. laparrrrrrr!

Pengalaman yang bermakna. Alhamdulillah kami selamat naik dan turun. membe kitaorang last group yang turun sampai Camp Site kol 8 pagi. tu memang dah weak plus injured. dorang bantai tido dalam kesejukkan kat Kem RNR. Alhamdulillah. semua selamat turun.



Group NWO full of Tonggong, Masok Air, Gila

Thanks semua line up. mula kita kenal ada yang dari Trip Yong Belar, ada yang dari Trip Lata Makau dan dari Trip Nuang. and now kita dah jadi 1 family. you guys rokss!! 

Isnin, November 28, 2016

Camping & Hiking ke Gunung Nuang 26-27/11/16



Heyya!! Kitaorang berNuang Mak Jemah

Last week aku ke Gunung Nuang yang mental namati hahahha.. 

Jumaat malam Cinta sampai KL.. pegi dinner date kejap hhaha sempat! selesai berkambingan.. balik umah teros ambik bag dan gerak ke Jalan Ipoh untuk pick up membe aku Ijat. dah pick up Ijat kitaorang menuju ke Petronas tepi Highway lepas Tol Sg. Besi untuk jumpa membe aku Izaq and the gang. dah jumpa. teros menuju ke Kajang berkumpul dengan yang lain pulak dan collect ration.

Sampai Kajang dah tengah malam.. minum, lepak lepak.. 



sampai kol 2 lebih.. teros ke rumah Pokcik untuk collect ration.. kol 3 pagi kami pon bergerak ke Pangsun, Hulu Langat.. pagi ni kami 10 orang akan masok dulu untuk cop campsite. memandangkan masok sabtu. kompem ramai kan.. so kitaorang pecahkan 35 orang kepada 3 group untuk ke Kem Lolo. 1st group masok kol 0700am, 2nd group masok 0300pm, 3rd group masok kol 0600pm.. tu plan asal la.. tapi standard la janji melayu hahha..

Kitaorang sampai ke kaki gunung dalam kol 4 lebih.. bahagi bahagi ration, repacking barang. standby sambil tunggu group cukup 10 orang.. kol 7 lebih memasing dah ready nak begerak masok.




 Mr. Tanker, Mr. Sweeper


Setelah 4,5jam mendaki.. mereka dan aku pon sampai ke Kem Lolo. sumpah seranah sume cukup bila dah sampai hahahahha






Dah selesai setup camp site sume.. masak cekodok.. makan makan.. pastu ingat nak berehat rehat la bertido tidoan ke.. hampehh.. aku selalu camtu.. dok dalam hutan je mesti susah nak tido.. bagai nak gila gak paksa.. takmau mata neh.. stress.. lastly aku melayan dorang main card sampai la petang.. pastu sesiap masak untuk makan malam plak.. memandangkan group yang sepatotnya sampai pon tak sampai sampai.. aku masak la bihun dulu untuk alas perot..


Sambal Hitam Wajib ada hahhaha

Lepas sette aku makan.. 2nd group pon sampai.. aku masak lagi sekali bihun untuk dorang.. settle semua dorang dah makan.. lepak borak borak.. aku paksa paksa gak untuk tido.. takmau betol mata neh.. dapat rehat badan kejap je sambil pejam mata.. pastu sambong borak balik sampai la 3rd group sampai dan sesiap untuk salai menyalai kambing dan ayamm.. nyummehh!!


Memasing dah kenyang.. ada yang merehatkan badan, tido.. ada yang masih makan, masih menyalai ayam, borak borak.. dan sekali lagi aku cuba untuk tido.. tapi hampehhh.. hahahha

Kol 3 lebih kami siap siap untuk naik ke puncak Gunung Nuang. kol 4:30am start mendaki dari Kem Lolo.. perlahan lahan.. aku kat belakang sekali dengan Mr. Sweeper dan 2 orang participant. sorang 1st time naik gunung. memang slow la kami kena follow pace dia.. kejap kejap dia benti.. lama jugak untuk kitaorang sampai ke Kem Pacat. almost 7:30am baru sampai Kem Pacat.


Rest jap.. amek gambar then kitaorang teroskan perjalanan.. kalini aku tak jalan dengan Mr. Sweeper sebab takot kang mental plus kaki aku dah slowly rasa krem. rasanya baru 15min aku lepas dari Kem Pacat.. aku rasa nak patah balik sebab kaki aku memang dah tak rasa.. tapi Mr. Sweeper paksa gak soh naik sampai Kem Pengasih.. slowly trek makin mencabar.. mental aku tak berapa koyak cuma kaki aku seriously dah takleh bla. kejap kejap aku benti.. pastu paksa gak memanjat sampai Kem Pengasih. Dekat kol 11 lebih baru aku sampai Kem Pengasih.. sampai aku teros duduk dan makan roti.. muka aku dah biru.. Membe sorang bagi painkiller and hope aku akan ok lepas tu.. lepak jap.. pastu Mr. Sweeper dah nak start begerak tu.. membe sorang neh tadi tanya ngan aku boleh ke tak nak jalan.. aku cakap boleh kot slow slow. bila dia nak make sure yang aku ok. dia tunjuk jari dia ke aku tanya berapa. aku dah jawab ok. lepastu dia tanya aku nampak jari dia stay atau aku nampak begerak.. aku cakap begerak. teros dia soh aku duduk je takyah teroskan untuk ke peak.. melepet la aku kat Kem Pengasih tunggu Mr. Sweeper dengan adik membe neh tadi turun dari puncak. ada dekat sejam lebih aku duduk kat Kem Pengasih.. dengan sejuknya.. hujan lagi. bertambah beku aku rasa.. lepas Mr. Sweeper dah sampai ke Kem Pengasih balik. kitaorang pon turun slow slow. Alhamdulillah masa turun tu slow slow aku rasa kaki aku dah kurang kebas dan laju jela turun hingga ke Kem Pacat.. sampai Kem Pacat.. kitaorang lepak tunggu adik membe neh tadi untuk sampai situ. siap kitaorang makan roti, buat kopi hahhaha

Kat sini jelah kitaorang ada gambar sesama.. kat Kem Pengasih dah beku. nak amek gambar pon tak lalu hahahha

Start bejalan menurun dari Kem Pacat ke Kem Lolo.. mental memang mencabar, kaki takyah cakap la.. trek lecak gila sebab hujan.. pace pon slow sebab adik membe tadi memang dah mental rabak, kaki dah tak kuat.. tapi kitaorang bagi semangat paksa gak dia untuk turun.. Alhamdulillah kol 5pm lebih kitaorang berempat sampai di Kem Lolo. mandi bersihkan badan, baju sume. pegi je ke camp site teros hujan lebat.. mental gak la.. kemas barang dalam hujan. makan jap.. pastu kol 7pm lebih kitaorang gerak turun dari Kem Lolo ke entrance. aku kol 9pm lebih baru sampai entrance sebab memang dah lemau tahap gaban berjalan time hujan.. last sampai bawah kol 10pm lebih.. mandi, bersihkan badan. tuka baju teros g makan..

Trip Ohsem & Mental mencabar kaw kaw hhahha thanks semua especially Mr. Sweeper, Matfi, Amin, Pokcik, ramai lagi la yang banyak tolong aku disaat saat aku weak.. thanks alot.. ok next trip?? hahahahhha


Isnin, November 21, 2016

Gua Batu Maloi Dan Bukit Batu Putih



Assalamualaikum..

Harini aku nak share pengalaman pertama aku mengexplore Gua Batu Maloi.. trip yang aku taknak pon pegi tapi cousin aku pujuk sehabis pujuk untuk aku follow dia pegi trip neh.. actually dia ada ajak 2 minggu sebelom.. tapi aku cakap kat dia aku taknak.. lastly 2 hari sebelom nak pegi tu dia call aku.. pujuk aku untuk temankan dia.. so aku pon on jela memandangkan aku takde plan pape minggu tu..

Petang Jumaat tu aku begerak ke KTM Kg. Batu untuk ke KL Sentral dan kemudian amek Putra ke Station Universiti. aku kena tido umah cousin aku malam tu supaya senang pagi nanti nak gerak teros.

Subuh Sabtu tu bangun. mandi. solat. pastu teros standby kawan cousin aku datang amek. kol 7am baru begerak dari area Bangsar terus menuju ke Highway Sg. Besi. on the way tu kejap kejap kitaorang terlelap. sebab macam mendung je. tu yang mata pon layu hahha

Sampai dekat RNR Seremban. kitaorang berkumpul. teros begerak ke arah Johol, Negeri Sembilan. ada dalam 45min perjalanan. kami pon tiba ke destinasi.. Gua Batu Maloi

Gambar selesai taklimat dari Guide

untuk pertama kali aku memulakan pengalaman mengexplore gua.. jyeahhh!! 






Yeayy Kami Berjaya!!

Setelah selesai mengharungi susah payah dalam gua tu. merangkak, berjalan menggunakan lutut dan siku. macam macam gaya.. selama 5jam lebih.. dengan hujan kejap renyai, kejap lebat.. akhirnya kami selesai checkpoint.. naik dengan segera sebab takot kepala air.. berkumpul dan turun ke checkpoint pertama mengikuti jalan darat.. hujan masih tak berhenti.. sejuk dok bekubang dalam air sungai tak habis lagi.. tambah pulak air hujan.. terketar ketar la gigi aku dibuatnya.. sampai je bawah teros makan.. laparrrrrrr hahha

Dah settle makan. mandi bersihkan diri. berkumpul kemudian kitaorang bergerak ke arah Port Dickson. destinasi seterusnya, Bukit Batu Putih. jyeahhh!






Mendaki selama 20minit je untuk ke puncak. takde tinggi sangat pon. view yang sangat ohsem. tapi ramai orang dah peak dia kecik je.. muat la untuk 20 orang lebih sikit.. tempat ni berdekatan dengan Tanjung Tuan. kalau nak pegi elok la pegi time weekdays kalau nak dapat view yang paling ohsem.. takde la berebut atau nak kena tunggu giliran untuk bergambar.. papepon stay safe!!

Lepas dah turun dari Bukit Batu Putih kitaorang pon teros ke Apartment yang kitaorang sewa untuk bermalam. masak masak, gelak gelak, makan makan, lepak lepak.. pastu mandi. tido. esok nak ke pantaiiiiiiiii




Dorang dah settle mandi.. aku balik apatment mandi, siap siap.. dah siap semua.. makan.. checkout!


BALIKKK!!!!

Rabu, November 02, 2016

Sisterhood Mt. Irau Mission Daypack



Assalamualaikum.. Harini tiba la masa mission sisterhood ke Mt. Irau. setelah sebulan planning untuk meet up balik aku dengan Group masa naik Gunung Suku aritu. 2 orang je dari Group tu hahha.. dan tambah lagi sorang member baru kenalan Kaka Seza, Sha namanya..



Dan perjalanan kami bermula......

Kami sampai di Entrance Gunung Irau dalam kol 10 lebih setelah berusaha naik dengan kereta Honda Kaka Sueda yang tragis bumper tersagat masa nak naik tu. Akhirnya selamat lah kami parking di depan Entrance. lepas beberapa minit kami sampai. bertalu - talu powil bawak muatan participant dari berbagai Group. dengarnya ada dalam 30 orang yang kami kena adap bila naik nanti. kompom la peak penuh.

Perlahan kami memula kan langkah.. aku macam biasa pace slow. maklom lah baru berjinak² kan. tapi kali ni aku tak mintak untuk berhenti pon. aku layan je trek sampai la lagi sejam nak sampai Mini Irau kami berhenti sebab terpisah dengan Kaka Sueda yang lalu trek lain dari kitaorg. mungkin sebab sejuk. jadi aku tak rasa penat langsong. cuma kaki je slow² dah rasa krem. macam biasa la budak hypo macam aku neh hahha..

Setibanya kami di Mini Irau. nampak kelibat Kaka Sueda dah lama menantikan bayang kami. Trip kali neh memang kitaorang femes sebab bila jumpa orang je kat trek mesti tanya "nampak kawan kitaorang tak?" jadi ayat ni semula jadinya buat kitaorang dikenali dengan Group lain hahha

Selepas berhempas pulas. Alhamdulillah setelah 4 jam kami sampai di puncak Irau. peak memang penuh. jadi kami memilih tempat dibelakang signboard Puncak untuk lepak makan dan minum. perlahan lahan hujan mulai turun. haa sepanjang trek hujan kejap benti kejap turun. trek masa neh memang macam Nutella. salah pijak. nahhh sampai lutut pon ada dalam dia.



Kami ambik masa yang tak lama untuk berehat sebab kami sampai kat peak lewat. dalam kol 1 lebih. disebabkan hujan. lepas dah bergambar kami pon gerak turun.





Alhamdulillah kami sampai di Mini Irau dalam kol 4 lebih petang. hujan pon makin lama makin lebat pastu benti pastu turun lagi. memang lemau gila rasa sebab sejuk namatiiiiii



Keadaan kami setelah sampai di Mini Irau

Lepas 10 minit kami gerak dari Mini Irau. pace aku makin lama makin slow. kaki aku dari puncak lagi dah krem tak rasa apa. kejap Kaka Sueda sweep aku. lepastu Kaka Seza plak sweep. kelibat Kaka Seuda dengan Sha dah tak nampak lagi. dengan trek makin Nutella membuatkan perjalanan kami makin sukar. yelah kejap hujan kejap benti. memang Nutella habis la cite dia hahha

Setelah 2 jam kami berjalan dalam keadaan yang sangat worst berlecak teruk, selut dalam namati.. berselisih dengan Group lain. ada yang kejap² berhenti nak ambik gambar. melambatkan lagi perjalanan turun kami. kol 6 lebih dah mula slow² follow pace orang depan. kemudian ada la sorang brader neh kejap laju pastu duduk kat depan. bila dah nampak kelibat kami dia jalan balik. aku tak perasan la. Kaka Seza yang perasan. aku cam biasa melayan kaki aku yang krem tapi paksa jugak untuk jalan. memang aku tak mintak berhenti sebab sejuk sangat. dalam kepala otak aku neh dok pk bila la nak sampai neh. kaki aku memang tak rasa apa tapi aku kena paksa. plus aku awal² dah cakap kat diaorang aku taknak sampai menyusahkan sesape. bila hutan dah mula gelap. brader tadi bagi arahan untuk berhenti dan jalan dalam 1 group. memandangkan ada yang tak bawak headlamp. dan headlamp aku plak masa neh tetiba tak jumpa dalam bag. Ya Allah Tuhan je yang tau situation masa tu.

Dalam keadaan kaki tak rasa apa. mata tak berapa clear sebab berpandu kan headlamp Kaka Seza. trek pulak aku redah takde nak elak² dah. kasut dan seluar dah berat dengan Nutella yang penuh. badan dah mula shaking. mulut aku tak putus² membaca Ayat Kursi dan Al-Fatihah. mindset plak aku set "kau boleh Sya! kau boleh!" 

Sampai la aku ternampak muka abam Bomba untuk rescue budak kat belakang yang injured terok gamaknya. nak je aku bukak mulut cakap kat abam Bomba tu aku dah tak larat nak jalan. tapi sebab aku dah set kat kepala aku "kau jangan susahkan sesape Sya!" teros aku tunduk dan teruskan perjalanan.

Setibanya aku di 1 Pondok yang memula aku nampak masa naik tadi. aku teros duduk. gigi aku dah terketar². badan aku memang shaking habis dah masa ni. nasib ada lagi sorang brader yang dah berusia jugak datang kat aku cuba untuk bantu aku. kepala aku masa neh rasa macam dah benti. aku dah jadi blur. yang aku tersentak bila brader tu ulang lagi ayat dia "boleh saya pegang tangan awak?" dan aku mengangguk. digosok² tangan aku bagi panas kemudian Kaka Seza suruh aku bukak windbreaker aku untuk digantikan dengan sweater tebal brader tu. dibungkus pulak aku dengan emergency blanket. walaupon masih rasa sejuk dan shaking tapi tak seteruk memula tadi. kemudian Kaka Seza perlahan cakap kat aku "Sya kita kena gerak kalau tak nanti Sya lagi sejuk." aku hanya mengangguk dan perlahan aku bangun. kemudian aku duduk balik. terasa bagai dah tak boleh nak tampung badan aku neh. sekali lagi aku cuba dan slowly aku jalan diiringi Kaka Seza yang memimpin aku dan brader yang memula bagi arahan tadi.

Dan Alhamdulillah. pukul 10 lebih malam aku dan Kaka Seza selamat sampai dibawah. terus kitaorang carik Kaka Sueda dan Sha. rupanya dorang dah berehat dalam kete. aku kuatkan diri aku untuk tukar baju, seluar bukak kasut sume yang dah berlumpur. aku sarong kain batin dan tshirt lengan panjang dan windbreaker tebal. kol 11 lebih kami perlahan turun dari Entrance. cadangnya nak bermalam di Kem Sg. Pauh tak menjadi sebab memasing dah weak dan sejuk.

Sampai di Masjid Tanah Rata. dorang bersih² kan badan hanya aku yang tak mampu bangun dah untuk membersihkan diri ataupon makan. Lepas dorang balik dari bersihkan badan aku dah lena kat seat belakang.

Tersedar kol 8 pagi. aku bangun tengok hanya aku dan Kaka Sueda yang tido dalam kete. Kaka Seza dan Sha tido di masjid. pengalaman manis yang tak ternilai aku dapat dengan Sisterhood Mission neh. Alhamdulillah dan terima kasih semua.