Isnin, April 03, 2017

Camping ke Jerangkang 2.0 30/3 - 2/4/17



Neh Trip aku kena bawak 40 orang student dan pensyarah dari Melaka. membe aku Emad mintak tolong untuk turut serta jadi Urusetia. jadi aku pon taknak la lepaskan peluang. trip yang kami sediakan khemah, makan dan minum, trekking, monkey zipline, water abseiling dan macam² lagi..

Yang sebenarnya aku dah mental sebab Trip aku Kepulau telah di kencing oleh membe aku sendiri.. hare!! hahahha takpe la. apa yang jadi ada hikmah dia..


Lepastu aku tukar ke Plan B pulak nak pegi Pulau Kapas dengan Ain dan 2 orang lagi kawan aku. bila nak siap² beli ration dan packing barang. tetiba membe aku yang 2 orang tadi krikk krikk pulak. kejap nak pegi kejap taknak. end up Ain cakap "kita pegi next time la akak. minggu neh kita masok Jerangkang, nak? Abang Emad mintak tolong kita handle student untuk main tali." aku pon teros reply "ON".

Repacking barang balik. siap² teros gerak ke LRT Gombak. sampai LRT Gombak kitaorang berkumpul makan² kol 11:30pm gerak.



Sampai Jerangkang kol 5am camtu. teros setting hammock, pacak tent. rest kejap. kol 8 terjaga. bangun² buat breakfast then setup tent untuk student².


 Lepas settle bab tent. kitaorang settle bab makan malam pulak. chef sorang je. tukang tolong chef kitaorang lah hahha.. dapat lah pengalaman siapkan makanan untuk student². walaupon penat tapi seronok.


Lepas makan malam. Abang Radzi buat activity untuk student² ni. ada games la. buat pertandingan la. macam². student pulak ada la dalam 36 orang.. memang riuh la kan. sampai la kol 12 malam baru la aku dapat nak lena.






Keesokkan harinya. terjaga kol 7 teros kelam kabot bangun nak tolong siap² kan breakfast. settle breakfast. bawak student² neh trekking naik ke Kolam 20. spot orang selalu amek gambar kalau ke Jerangkang. sambil² tu mana yang nak mandi. boleh la mandi. dah puas mandi, ambik gambar. kol 11 lebih kitaorang turun untuk makan tengahari dan next activity Monkey Zipline dan Canyoning.


Pengalaman yang tak dapat dilupakan bersama student KPMB, Melaka yang super ohsem!


Tiada ulasan: