Memaparkan catatan dengan label Islam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Islam. Papar semua catatan

Khamis, Disember 04, 2014

At - Takathur


(Teguran Terhadap Kelekaan)



بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

أَلْهَاكُمُ التَّكَاثُرُ ﴿1﴾ حَتَّىٰ زُرْتُمُ الْمَقَابِرَ ﴿2﴾ كَلَّا سَوْفَ تَعْلَمُونَ ﴿3﴾ ثُمَّ كَلَّا سَوْفَ تَعْلَمُونَ ﴿4﴾ كَلَّا لَوْ تَعْلَمُونَ عِلْمَ الْيَقِينِ ﴿5﴾ لَتَرَوُنَّ الْجَحِيمَ ﴿6﴾ ثُمَّ لَتَرَوُنَّهَا عَيْنَ الْيَقِينِ ﴿7﴾ثُمَّ لَتُسْأَلُنَّ يَوْمَئِذٍ عَنِ النَّعِيمِ ﴿8

Ertinya:-

1. Bermegah-megahan Telah melalaikan kamu, 2. Sehingga kamu masuk ke dalam kubur. 3. Janganlah begitu, kelak kamu akan mengetahui (akibat perbuatanmu itu), 4.Dan janganlah begitu, kelak kamu akan Mengetahui. 5. Janganlah begitu, jika kamu mengetahui dengan pengetahuan yang yakin, 6. Nescaya kamu benar-benar akan melihat neraka Jahiim, 7. Dan Sesungguhnya kamu benar-benar akan melihatnya dengan 'ainul yaqin. 8. Kemudian kamu pasti akan ditanyai pada hari itu tentang kenikmatan (yang kamu megah-megahkan di dunia itu)



Surah Takathur diceritakan di dalam Al-Quran di dalam dua bentuk, iaitu amwaal dan/atau awlaad. Kedua-duanya bermaksud kelalaian dari mengingati Allah dan Allah turunkan surah ini adalah untuk memperingati manusia dari kelalaian dan seharusnya kita mengingati Allah dalam semua perkara yang dilakukan oleh kita.

Di dalam surah At-Taubah ayat 69 [9:69] kita sepatutnya mengambil pengajaran dari orang yang hidup sebelum kita, seperti yang diceritakan di dalam Al-Quran tentang kaum-kaum yang lalu. Mereka memiliki kekuatan, kekayaan, dan kuasa. Tetapi mereka akhirnya dimusnahkan oleh Allah akibat kesombongan dan juga akibat kebiadaban terhadap rasul Allah, apatah lagi mereka langsung tidak bersyukur dengan apa yang mereka terima.



Seperti kita hari ini, kita mempunyai hidup yang mewah, makan, pakai dan tempat tinggal yang mewah tetapi sekiranya kita tidak bersyukur, kita hanya seperti kaum-kaum yang dahulu yang telah dimusnahkan oleh Allah. Kita semua sepatutnya ingat yang ada di dunia ini hanyalah bersifat sementara dan tiada yang kekal. Dan akhirnya kita semua akan menjadi orang-orang yang rugi! Nauzubillah..

Tidakkah mereka telah berjalan dan mengembara di muka bumi, serta memerhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang terdahulu dari mereka? Orang-orang itu lebih kuat daripada mereka sendiri, dan orang-orang itu telah meneroka bumi serta memakmurkannya lebih daripada kemakmuran yang dilakukan oleh mereka, dan orang-orang itu juga telah didatangi oleh Rasul-rasulnya dengan membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata (lalu mereka mendustakannya dan kesudahannya mereka dibinasakan). Dengan yang demikian, maka Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri. [30:9]

Selain dari itu, tidakkah mereka telah berjalan dan mengembara di muka bumi, dengan itu tidakkah mereka memerhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang terdahulu dari mereka (yang telah dibinasakan dengan sebab dosa-dosanya)? Orang-orang itu lebih ramai dari mereka, dan lebih dari mereka tentang kekuatan tenaga dan tentang kesan-kesan usaha pembangunan di muka bumi. Dalam pada itu, apa yang telah diusahakan oleh orang-orang itu, tidak dapat menolongnya sedikitpun. [40:82] Di dalam ayat pertama surah ini, Allah menggunakan perkataan LAHA, yang bermaksud lalai, leka, sesat, berpaling, terlupa, bermain-main [sila cek di dalam kamus arab]. Sementara itu LAHWUN, bermaksud, apa-apa perkara atau benda yang menyebabkan manusia leka kepada perkara yang lebih penting atau perkara yang serius. Perkataan ini juga digunakan di dalam ayat-ayat lain di dalam Al-Quran seperti di dalam: [6:32], [6:70], [7:51], [21:17], [24:37], [63:9]

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya). Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi. [63:9] Tujuan utama manusia diciptakan ialah ibadah kepada Allah iaitu melakukan perkara yang di suruh, dan meninggalkan perkara yang mungkar. Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. [51:56] Dan hasil daripada ini, maka manusia itu akan bertaqwa kepada Allah, iaitu memelihara diri dari melakukan perkara yang dimurkai-Nya.Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertaqwa [2:21]dan akhirnya manusia itu akan mencapai kejayaan [falah] yang diidamkan oleh semua manusia yang beriman kepada Allah,… kebajikan itu ialah perbuatan orang yang bertaqwa; dan masuklah ke rumah (Kamu) itu melalui pintunya, serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya.[2:189]Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). [3:200]

Semua ini sangatlah penting dan perlu diingatkan selalu di dalam hati kita bahawa tujuan hidup kita adalah untuk beribadah kepadaNya dan akhirnya kita akan mencapai falah yang hakiki. Apa yang ada di dunia ini hanyalah mampu menyesatkan dan melalaikan kita dari tujuan asal kita diciptakan, dan hanya orang yang selalu mengingati Allah sahaja yang akan mampu melawan segala godaan dunia.Perkataan JAHEEM di alam surah ini agak ’menarik’ sekali. Kaitan dengan perkataan TAJAHHAMA membawa maksud Allah akan membakar/menyeksa di dalam neraka Jaheem dengan tidak ada belas kasihan sedikit pon, atau dalam erti kata lain Allah telah membalas perbuatan manusia akibat ketamakan dan perasaan sombong itu, dan Allah juga akan ’rasa tamak’ untuk membalasnya, dengan cara Allah tersendiri. Nauzubillah.. (Iaitu) pada hari dibakar emas perak (dan harta benda) itu dalam neraka jahanam, lalu diselar dengannya dahi mereka, dan rusuk mereka, serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka): “Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah (azab dari) apa yang kamu simpan itu. [9:35](Ingatlah) bahawa kehidupan dunia (yang tidak berdasarkan iman dan taqwa) hanyalah ibarat permainan dan hiburan; dan jika kamu beriman serta bertaqwa, Allah akan memberikan kamu pahala amal kamu, dan Ia tidak meminta kepada kamu harta benda kamu (melainkan untuk memberikan kamu barang yang lebih baik daripadanya). [47:36]



Sumber: www.quranicteachings.co.uk



Isnin, November 17, 2014

Doa Menjaga Kehormatan Diri Bagi Kaum Hawa



Assalamualaikum w.b.t

Harini aku nak share sket doa yang aku amalkan setiap hari² aku.. doa ni inshaAllah bole menghindarkan diri kita dari kejahatan, boleh menghindar dari perkara² yang tidak baik.. 

Terdapat beberapa doa yang khusus kepada kaum wanita samada dewasa atau kanak-kanak untuk mengelakkan mereka dari terperangkap dalam situasi yang boleh membawa kepada rogol, pencabulan dan lebih dahsyat lagi deraan seks yang diakhiri dengan pembunuhan.

Doa dari hadis sohih pelindung setiap kali keluar rumah, iaitu :-

" BISMILLAHILLAZI LA YADURRU MA’ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMI’UL ‘ALIM "

Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : “Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui” sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya
( Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan – Teks doa berwarna Merah Syeikh Syuaib ; Hasan)



Dan satu lagi doa sohih yang dibaca oleh isteri Nabi Ibrahim a.s (iaitu Siti Sarah) yang menyebabkan para lelaki zalim termasuk rajanya melarikan diri, sumber rujukannya dari hadis Nabi s.a.w.
" ALLAHUMMA IN KUNTA TA’LAMU INNI AAMANTU BIKA, WA BIRASULIKA WA AHSONTU FARJI ILLA ‘ALA ZAWJI FALA TUSALLIT ‘ALAYYA AL-KAFIR WA AZ-ZALIM "

Ertinya : 
Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mu dan Rasul Mu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim
( Riwayat Al-Bukhari, no 2104, 2/722 ; Sunan Al-Baihaqi, 5/97; Musnad ahmad, 2/403 ; Fath Al-Bari, 6/393; Umdat Al-Qari, 12/30 ; Sohih )



Semoga ia dapat dihafal dan di amalkan oleh semua wanita Muslimah, Cuma jangan lupa bahawa doa ini bersifat tawassul dengan amal soleh anda, iaitu apabila diikat dengan imannya dengan Allah s.w.t dan RasulNya dan telah dijaga kehormatannya dan sudah tentu auratnya.

Justeru, kemakbulan doa ini juga diikat tentang kewajiban untuk beriman dengan Allah dan rasulNya dan menutup aurat anda. Tanpanya, doa ini masih amat digalakkan untuk dilakukan, cuma jaminan seolah-olah lebih pasti bagi yang apa yang dikatanya (dalam doa ini) menepati apa yang sebenarnya penampilan fizikal anda.

Justeru, jika berbaju kebaya terbelah, baju sendat menampakkan susuk tubuh, berpakaian nipis seolah telanjang, bersolek canggih seperti artis bukan Islam.. sudah tentu doa ini sahaja belum cukup mampu menjaga anda. Bukan kerana Allah s.w.t tidak mampu, tetapi Allah s.w.t tidak anggap wanita itu layak dek kerana kedegilannya sendiri. Fikirkanlah..



Sumber: Panglima 7



Rabu, Oktober 29, 2014

Tips Bangun Solat S U B U H


Ramai golongan pekerja sangup bangun awal untuk pergi ke pejabat asalkan punch card tidak merah. Ramai pelajar mampu bangun awal demi mengelak terserempak dengan pengawas atau dimarahi cikgu disiplin.

Tetapi kenapa masih ramai yang masih liat bangun solat Subuh? Motivasikan diri anda untuk lebih mudah dan bersemangat bangun solat Subuh tanpa sebarang alasan berdasarkan tip berikut:


1. Ikhlaskan niat hanya kerana Allah s.w.t. dan berikanlah hak-hakNya. Niat yang ikhlas akan mendorong anda mengorbankan apa-apa kekangan yang menghalang seperti mengantuk, tilam dan bantal yang empuk, kesejukan yang menggigit dan sebagainya.

2. Tanam tekad yang jitu, semangat juang yang tinggi (strong will) dan muhasabahlah diri setiap hari.

3. Bertaubat daripada dosa dan berniatlah untuk tidak mengulanginya kembali.

4. Memperbanyakkan berdoa agar Allah s.w.t. memberikan kesempatan untuk solat Subuh.

5. Carilah kawan yang baik. Wujudkan komuniti (keluarga atau sahabat) yang boleh sama-sama bangun awal dan solat Subuh.Jika berseorangan terasa lemah untuk mujahadah, bertemankan sesama beribadah dan melakukan ketaatan.

6. Latih diri untuk tidur mengikut sunnah Nabi s.a.w. seperti dengan tidur awal agar mudah bangun awal, berwuduk sebelum tidur, tidur mengiring di atas rusuk kanan dan berdoa.

7. Elakkan makan lewat malam atau makan dalam jumlah yang banyak kerana ia boleh menyebabkan susah bangun awal pagi.Jauhilah juga minuman berkafein seperti kopi atau teh pada waktu malam, dikhuatiri susah tidur malam yang seterusnya akan membawa kepada susah bangun pagi dan berkemungkinan terlepas solat Subuh.

8. Pasang penggera yang boleh mengejutkan anda bangun untuk solat Subuh.Tetapkan supaya penggera berbunyi beberapa minit sebelum azan Subuh.Sebaik sahaja bangun, cuba hayati azan Subuh terutamanya lafaz “solat itu lebih baik daripada tidur”. Kemudian bingkas dan lekas berwuduk bagi menunaikan solat Subuh.

9. Ajaklah orang lain bangun solat Subuh dan mulakanlah dengan diri sendiri dan keluarga.

10. Cuba hayati keindahan waktu pagi, kesegaran udaranya, kedinginan hawanya, kicauan burung, suasana yang damai daripada hiruk-pikuk, mutiara embun yang jernih dan sebagainya.Kemudian tanamlah tekad ingin menikmati lagi dengan selalu bangun awal dan solat Subuh awal waktu.


Selamat mencuba, semoga niat murni kita ini memperoleh keberkatan dan keredhaan oleh Nya. InshaAllah



P/S: Kalau kita bebetul nak berubah yang penting NIAT dan DISIPLIN diri.. InshaAllah.. 



Sumber: Hamba Allah


Isnin, Oktober 13, 2014

Beberapa Perkara Yang Perlu Wanita Islam Jaga




(Gambar Sekadar Hiasan)



1. Bulu kening

Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening – Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng

Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….

3. Wangian

Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang – Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada

Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

5. Gigi

Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher

Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan

Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecu ali pergelangan tangan dan wajah saja – Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan

Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya – Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata

Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara)

Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik – Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.

Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi – Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya – Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.

Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12. Pakaian

Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.

Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.
Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut

Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.



Sumber: http://www.cahayaislam.net/