Memaparkan catatan dengan label Story. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Story. Papar semua catatan

Rabu, Jun 10, 2015

Aku Membebel


Assalamualaikum..

Setelah sekian lama aku menyepi.. dan mungkin akan menyepi lagi lepasni.. kerana ketiadaan lappy or pc.. so agak susah lah aku nak menghapdet belog burok neh..

Start ujung bulan 4 aku decide untuk berhenti kerja untuk kali kedua.. aku hanya bertahan selama sebulan je kat tempat baru.. even gaji agak besar.. tapi aku macam tak berapa nak happy dengan company yang aku keje walaupon bidang tu bidang yang aku pernah buat dan minat.. hmm mungkin rezeki aku bukan kat situ..

Kira masok bulan 6 ni.. genap lah 2 bulan aku tak berkerja tetap.. tapi ada lah aku buat freelance event dan Alhamdulillah bole lah tanggung diri aku dan family untuk sementara waktu aku dapat kerja lain..

Selama 2 bulan aku tak berkerja tetap.. so memang banyak masa aku free.. awal bulan 5 aku telah follow group brado & sisto pegi memancing kat Tasik Banding (Royal Belum), Perak.. trip 3h2m neh memang aku rasa osem gila sebab kitaorang stay kat boathouse.. pengalaman yang menarik dan baru dalam hidup aku.. memang best gila lahh kan. benda yang aku teringin sangat akhirnya dapat gak rasai.. lepas balik tu.. tengah bulan 5 tu aku ke penang pulak.. nak merasa jadi backpackers tegar hahahha.. tegar sesangat neh.. agak best gak la sebab aku merasa lak lepas tepi pantai dari tengahari sampai ke petang.. ehh nak sampai maghrib.. gila lama.. lepastu jalan sensorang area Gurney.. macam2 ragam manusia aku dapat tengok.. keesokkan tu aku ke Bukit Bendera.. beberapa kali pegi Penang neh la baru nak merasa manjat bukit tu sampai keatas.. bekicap lepak atas kol 5 lebih dekat 6 tu aku turun then pegi makan.. lembikkkk!

Dekat 4 hari gak la aku lepak area Penang.. then membe aku ajak pegi Kedah plak nak panjat Gunung Jerai.. Jeraiiiiiiii hahahha mistikkk okeh! malam hari ke 4 tu kitaorang dah gerak ke Kedah.. sampai area Sg. Petani dekat kol 1.. benti kat Plaza toll Sungai Petani Utara nak tido jap.. macam udang la dedua ekor kat dalam kete sementara nak tunggu pagi.. sangat scary okehh suasana area sini ahahaha aku neh dah la lemah semangat kewibaan.. haishhh

Cerita siang bila dah gerak g area Gurun untuk ke Gunung Jerai.. tetttttt! hahhahahaha aku ingatkan membe aku si sengal neh ajak hiking masok hutan la.. dari malam aku dok pk camne la aku nak redah masok hutan yang pada mulanya masa aku google pasal masjid atau surau kat atas tu tetibe tejumpa cerita mistik.. tak senang duduk ah jiwa raga aku dari malam sampai siang tu.. sekali.. lalu jalan tracking tar.. hampehhhhhhhh! lepas dah turun dari Jerai kitaorang lepak kat Air Terjun Titi Hayun kat Yan, Kedah.. ahh damainya rasa.. lapang kepala hotak.. tengok sawah padi terbentang luas.. nyaman je rasa.. sikit pon tak pk pasal masalah atau kesesakkan kat KL hahahha

Petang tu kitaorang g Pusat Teknologi Mempelam.. baru lah aku tau ada beratus jenis mempelam didunia neh.. selama neh aku tau makan telan, makan telan je hahahhaha dah kenyang sebelom mata kelayuan.. kitaorang pon gerak ke Gurun.. lepak jap then kol 6 lebih tu teros gerak ke KL..

Memang benda ohsem dalam hidup aku yang aku belom penah buat.. Alhamdulillah.. seronok sangat tengok keindahan dan ciptaan-Nya..

Ok aku dah penat nak bebel.. papepon I'm Proud To be Me!! ehh? hahahhaha


Wassalam..


Ahad, Februari 22, 2015

Anak Cucu Tok Ali Janggut



Cuti panjang CNY haritu.. beriya² lah makcikku call soh datang rumah dia di Sungai Besar, K.Selangor.. dekat 20 tahun gak aku tak kesana kerana perselisihan faham antara mak aku dengan adik beradik dia. kira macam mak aku bawak diri gittew!

So since dorang dah berbaik semula. makcik aku banyak kali la remind kat kitaorang untuk datang berkumpul sesanak saudara. actually aku rasa since aku 27 tahun la baru aku dapat kenal sedara mara yang jauh, sedara mara yang tak pernah tahu pon kewujudan dorang. Alhamdulillah aku bersyukur sangat sebab dapat merasa balek ada sanak saudara. kalau tak sebelom neh. family aku, mak aku, family aku. tu jela pon hahaha sodehh!


Bila dah dapat kesempatan mengimbau kembali zaman hingusan aku. apa lagi. buat balek ah apa yang kitaorang buat suatu ketika dulu heh!


Happy macam berok tu takyah cakap ah kan hahhahaha.. aku menghabiskan cuti aku start dari khamis, 19th Feb 2015 tu till 22nd Feb 2015 dengan activity memancing, mencari remis, lepak² kat pantai.. perghhh memang rasa release semua stress, kesibukkan dunia nyata wehh! hahahha


Rasa nak nanges sebab rasa bersyukur sangat.. akhirnya family besar kami bersatu. Terima kasih Ya Allah kerana Engkau telah menyatukan kami dengan sanak saudara yang dah lama terpisah :')





Jumaat, Februari 13, 2015

Shou Gong Nite


Assalamualaikum..

Akhirnya.. hari yang ditunggu-tunggu telah tiba. Annual Dinner office ku.. perasaan bercampur baur. excited, nervous semua ada. yang penting. aku tak sabar nak menggayakan baju baru! ahaks!

Tadaaaa! neh la baju aku.. tersangat lah berpuas hati dengan pilihan color dan gaya aku malam ni. kena la sentiasa berkeyakinan tinggi kan. hehehhe

Aku dan HR aku menjaga counter registration. sama lah macam tahun lepas.

Geng² yang satu table. budak Despatch for both company. 

Yang ni pulak aku bersama HR and budak Safety

Karaoke Competition. gelabah terok!!

Alhamdulillah

Alhamdulillah. tahun neh aku dan HR dapat lucky draw. kitaorang mesti akan dapat no dekat atau terbalik. perasan dan 2,3x benda neh. ke perasaan je? ehh? hahhahha


Seksateri for Project Department and QS Department


Sesi bergambar. berselfie. nampak tak betapa sporting nya boss² aku boleh layan anak² buah berselfie dengan monopod hahhahahaha cool!!


Sekian. hahahhaha


P/S: aku malas nak berkarangan panjang². ku biarkan gambar berbicara. cewahhh!!