Selasa, Disember 30, 2014

D O S A


DIRIKU YANG BERLUMUT DOSA

setiap kali pagi subuh,
kala aku terbangun,
akan tercetus rasa lega ,
kerana masih lagi Engkau menyambung nyawa.
aku ini hamba yang berdosa,
banyak salah dan silapnya,
cacat di sini dan sana,
entah jiwa ini masih ada putih,
atau sudah legam semuanya.
air mataku sudah tidak mengalir,
tetapi aku sentiasa tahu,
yang hatiku sentiasa berair,
menangis, hiba, takut, resah.
memikirkan pertemuanku denganMu,
entah apa aku akan diampuni,
atau akan dihukumi,
dan tidak mampu aku menenangkan diri,
setiap kali terfikir akan pertemuan itu nanti.
aku bergerak wahai Tuhan,
bergerak membersihkan diri,
namun kadangkala aku kejatuhan,
dan dosa dosa kembali menghinggapi diri.
cuma aku tidak berputus asa wahai Tuhan,
aku bangkit juga berkali kali,
biar aku mati dalam usaha merapatkan diri,
daripada mati tanpa berusaha apa apa lagi.
walaupun rasa takut masih ada,
tetapi aku yakin keampunanMu mengatasi segalanya,
dan aku usaha serta terus berusaha,
moga Engkau mengampuni hambaMu,
yang hidup berselaput dosa ini.



Ihsan: KakiNovel

Tiada ulasan: