Memaparkan catatan dengan label words. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label words. Papar semua catatan

Rabu, April 27, 2016

.


Assalamualaikum.

I just want to say if I've ever wronged anyone, If I said or done anything to hurt you or make you angry. please forgive me


Selasa, Disember 30, 2014

D O S A


DIRIKU YANG BERLUMUT DOSA

setiap kali pagi subuh,
kala aku terbangun,
akan tercetus rasa lega ,
kerana masih lagi Engkau menyambung nyawa.
aku ini hamba yang berdosa,
banyak salah dan silapnya,
cacat di sini dan sana,
entah jiwa ini masih ada putih,
atau sudah legam semuanya.
air mataku sudah tidak mengalir,
tetapi aku sentiasa tahu,
yang hatiku sentiasa berair,
menangis, hiba, takut, resah.
memikirkan pertemuanku denganMu,
entah apa aku akan diampuni,
atau akan dihukumi,
dan tidak mampu aku menenangkan diri,
setiap kali terfikir akan pertemuan itu nanti.
aku bergerak wahai Tuhan,
bergerak membersihkan diri,
namun kadangkala aku kejatuhan,
dan dosa dosa kembali menghinggapi diri.
cuma aku tidak berputus asa wahai Tuhan,
aku bangkit juga berkali kali,
biar aku mati dalam usaha merapatkan diri,
daripada mati tanpa berusaha apa apa lagi.
walaupun rasa takut masih ada,
tetapi aku yakin keampunanMu mengatasi segalanya,
dan aku usaha serta terus berusaha,
moga Engkau mengampuni hambaMu,
yang hidup berselaput dosa ini.



Ihsan: KakiNovel

Isnin, Mei 19, 2014

Hilang. . .

Hi..
    Kali neh dah takde apa yang menarik yang nak aku coretkan.. sekadar ingin meluahkan rasa gembira yang hanya tergambar diluaran semata.. dalamannya.. hanya Allah yang maha mengetahui..

Tak perlu lagi aku nak bersedih dengan ketentuan ini.. takde gunanya.. walau apa yang terjadi.. hidup harus diteruskan..

Ok switch!
       Last week aku ke perhentian islands dengan bestfriend aku.. enjoy.. memang awesome.. aku rasa teruja gila.. sebab dapat tengok shark dengan mata sendiri.. dapat pegang turtle dengan tangan aku sendiri.. memang pengalaman yang sangat² luar biasa n aku happy.. happy la.. at least.. dapat la merehatkan badan.. menikmati suasana yang nyaman dan damai.. dengan pukulan ombak.. tenang.. sangat tenang.. skin aku burn tak yah cakap ah kan.. memang burn abes.. da macam anak india dah.. hahhaha 


So after diz.. mungkin aku akan menikmati kehidupan aku sebegini.. bercuti ke islands.. dah pon menjadi hobi terbaru aku.. serta mencari kedamaian dihati.. sehingga lah waktu memanggil aku untuk ubah semuanya.. WALLAHUALAM..
aku serahkan semuanya pada takdir.. 


Jumaat, Mac 14, 2014

Sahabat Sejati. . .




"Air mata jatuh, setitis. Sepertinya hati juga sedang menangis.
Sahabatku, aku juga rindu kamu. Bahkan tersangat rindu. Andai sahaja kau tahu betapa aku rindu waktu kita dahulu. Andai sahaja kau tahu ada sahamnya kamu dalam setiap tadahan tanganku. Andai sahaja dapat aku memberitahumu.

Sahabatku, aku pinta. Jangan malu denganku. Malulah kamu dengan Tuhanku. Kerana aku juga sepertimu. Seorang insan biasa, seorang hamba kepada Tuhannya. Aku ini tiada istimewanya. Aku hina. Banyak dosanya. Tidak terhitung jika mahu dikira setiap satunya.

Aku punya pilihan. Aku pilih jalan ini. Aku pasti. Tidak akan pernah berpatah kembali.
Tahu, kau juga punya pilihan. Pilihan untuk mengubah hidupmu. Kau juga boleh berubah. Seperti aku, seperti dia, seperti yang lainnya. Tiada apa yang mustahil. Cuma yang menentukan perubahan apa yang kau pilih. Jalan apa yang kau pilih untuk ikuti.

Kalau benar kau mahu berubah. Pasti akan ada pintu yang Tuhan buka untuk membantu. Pintu-pintu yang kau sendiri tidak sangka akan bertemu dari tempat yang tidak pernah kau tahu. Aku juga pasti, Tuhan akan menghantar orang-orang yang baik untuk bersamamu. Dalam apa jua keadaan, mereka tetap akan teguh bersamamu. Menghulurkan tangan membantu, mengangkat apabila tersungkur, menyedarkan dari kealpaan indah dunia itu. Mereka yang akan bersamamu. Bersusah payah mempimpinmu untuk berubah.

Sahabat, andai sahaja kau tahu indahnya hidup ketika diri sujud menghadap Ilahi. Andai sahaja kau tahu indahnya perasaan ketika ditemani dengan redha dan syukurmu terhadap Ilahi. Andai sahaja kau tahu keindahan sebenar dunia apabila sentiasa ditemani bayangan mati.

Aku pasti.
Bahawa kau tidak akan berlengah lagi. Kau tidak akan berkata sekejap lagi. Kau tidak akan tunggu tibanya nanti.

Aku pasti.
Kau akan bersujud tika ini. Kau akan memohon ampun saat ini. Kau akan redha atas ketentuan hidup yang diberi. Kau tidak akan pernah berniat untuk kembali kepada kehidupan indah lampau yang hanya berdasarkan duniawi.
Itu, aku pasti. Malah tersangat pasti.

Andai sahaja dapat aku terangkan perasaanku ketika ini. Andai sahaja dapat aku berkongsi sedikit rasa hati. Andai sahaja dapat aku beri rasa indah ini. Pasti sudah aku beri. Pasti sudah aku kongsi.
Aku mahu kau rasa perasaan itu. Perasaan indah mencintai Ilahi. Perasaan indah yang langsung tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Perasaan yang langsung tiada tolok bandingnya.
Andai sahaja dapat aku kongsi.

Sahabat, aku mahu kau tahu. Kau sentiasa ada dalam doaku. Aku mahu kau tahu. Yang aku sentiasa mendoakanmu untuk menemukan jalan terindah dalam hidupmu. Aku mahu kau tahu, aku mahu jadi temanmu. Selamanya. Hingga ke syurga.."


#syayu #bff




P/S: aku akan buktikan.. aku bisa berubah seperti yang kau inginkan.. demi diriku ini.. demi family serta masa depanku sahabat.. terima kasih diatas persahabatan yang murni ini.. semoga kita bertemu lagi.. insyAllah.. Amin Amin Amin Ya Rabb Alamin.. 





Sabtu, Februari 02, 2008

jUz A wOrd!!

you make me warm,
You make me sigh,
When I see you,
In my mind,
Your beautiful hair,
Your Beautiful Eyes,
Make me feel,
Like ill never Die,
When I am sad,
and cant make it through,
I just close my eyes,
and dream of you,
For at that time,
While your on my mind,
all my problems, A
re left behind.
If I had a choose,
I wouldnt change a thing,
Because your perfect,
Just like a dream,
Id kill for you,
And even die,
To make your life,
Last a longtime,
You were sent from heaven,
I know its true,
Because no one else,
Is as perfect as you..