Sabtu, Januari 31, 2015

UnaZip Ceremony ♥



Awal pagi aku dah bangun sesiap then teros begegas ke Kg. Pandan. pick up Nana & Nad then teros ke Bulatan Kg. Pandan. berkumpul kat situ untuk berconvoi ke rumah pengantin perempuan di Salak Tinggi.

Dalam perjalanan setengah jam tu, akhirnya kami sampai dan berkumpul semula di Balai Polis Sepang. almost 12pm kami sampai jugak ke rumah pengantin perempuan iaitu umah Una. kat pekarangan rumah dia dah penuh sanak saudara dan sahabat handai yang berkumpul menantikan kedatangan rombongan pihak lelaki.


Dalam kelam kabot tengah bersiap² sebelum nak berarak.. perasan lah Azip terlalu gugup dan menggigil masa tu. biasa lah.. orang nak mengadap tok kadi.. nebes dia memang lain macam hahahha

Lepas selesai akad nikah. Alhamdulillah. dengan 4x lafaz. Azip sah bergelar suami kepada Una @ Husna. adik beradik, family mengalirkan airmata tanda gembira dan bersyukur kerana semuanya telah selesai. suasana menjadi riuh bila memasing dah kelaparan hahhha

Lepas makan, perot dah kenyang. dah habis majlis. kami pon beransur pulang. aku yang pada mulanya jadi co-pilot teros kena drive sebab adekku Nana dah tak larat nak bukak mata hahha.. Alhamdulillah akhirnya kami selamat sampai di Kg. Pandan.

Lepas hantar Nana & Nad aku beransur ke Putrajaya.

(Anak² Haji Kamaruddin)


Tiada ulasan: