Isnin, Februari 02, 2015

Seharian


Disebabkan rumah aku takde air pada belah paginya. aku ngan family pon bersiap² lah kerumah makngah ku. keras woo bila rumah takde air. aku yang sepatutnya kerja terpaksa lah amek emergency leave. lepas makan tengahari. selepas selesai tanggungjawab semua. aku bersiap² untuk ke Bangi. dah alang² nak ke Bangi atas urusan sket. so aku halo² mamat macho kecik molek ni. lepas settle urusan aku. aku pegi lah amek mamat neh kat Utusan Bangi. susah woo nak jumpa orang penting Utusan neh.. kena buat appointment bagai hahaha



Lepas dapat lepak kejap. kemudian aku rushing pulak kena jumpa ngan salesman kete. tak pepasal mamat neh kena teman sekali hahha.. sampai nak ketengah malam aku berbincang n berborak ngan salesman tu.. kesian mamat neh terpaksa join sekali. papepon thanks la sebab ada lah orang boleh tolong untuk aku buat keputusan kan.. dah settle hal dengan salesman. aku hantar balek mamat neh ke Utusan then aku terus bergegas ke Kg. Pandan jumpa adek kesayanganku.

Sampai di Kg. Pandan, aku teros park didepan rumah Nana. sesi meluah apa yang nak diluahkan. bersyukur sangat sebab aku punya family angkat, adik angkat yang aku dah anggap macam family and adik aku sendiri. pabila aku atau dia punya masalah. dekat dia atau dekat aku kami akan meluahkan rasa memasing. aku taknak Nana keserabutan berpanjangan.. kitaorang g jalan² kat KL tenangkan kepala memasing. lepak depan KLCC la.. begelak ketawa, beli ice cream. buat je apa yang terlintas kat kepala otak kami. sampai la kol 4am. dah penat kami balik. rasa lega sangat!!




Tiada ulasan: