Isnin, November 21, 2016

Gua Batu Maloi Dan Bukit Batu Putih



Assalamualaikum..

Harini aku nak share pengalaman pertama aku mengexplore Gua Batu Maloi.. trip yang aku taknak pon pegi tapi cousin aku pujuk sehabis pujuk untuk aku follow dia pegi trip neh.. actually dia ada ajak 2 minggu sebelom.. tapi aku cakap kat dia aku taknak.. lastly 2 hari sebelom nak pegi tu dia call aku.. pujuk aku untuk temankan dia.. so aku pon on jela memandangkan aku takde plan pape minggu tu..

Petang Jumaat tu aku begerak ke KTM Kg. Batu untuk ke KL Sentral dan kemudian amek Putra ke Station Universiti. aku kena tido umah cousin aku malam tu supaya senang pagi nanti nak gerak teros.

Subuh Sabtu tu bangun. mandi. solat. pastu teros standby kawan cousin aku datang amek. kol 7am baru begerak dari area Bangsar terus menuju ke Highway Sg. Besi. on the way tu kejap kejap kitaorang terlelap. sebab macam mendung je. tu yang mata pon layu hahha

Sampai dekat RNR Seremban. kitaorang berkumpul. teros begerak ke arah Johol, Negeri Sembilan. ada dalam 45min perjalanan. kami pon tiba ke destinasi.. Gua Batu Maloi


Gambar selesai taklimat dari Guide

untuk pertama kali aku memulakan pengalaman mengexplore gua.. jyeahhh!! 






Yeayy Kami Berjaya!!

Setelah selesai mengharungi susah payah dalam gua tu. merangkak, berjalan menggunakan lutut dan siku. macam macam gaya.. selama 5jam lebih.. dengan hujan kejap renyai, kejap lebat.. akhirnya kami selesai checkpoint.. naik dengan segera sebab takot kepala air.. berkumpul dan turun ke checkpoint pertama mengikuti jalan darat.. hujan masih tak berhenti.. sejuk dok bekubang dalam air sungai tak habis lagi.. tambah pulak air hujan.. terketar ketar la gigi aku dibuatnya.. sampai je bawah teros makan.. laparrrrrrr hahha

Dah settle makan. mandi bersihkan diri. berkumpul kemudian kitaorang bergerak ke arah Port Dickson. destinasi seterusnya, Bukit Batu Putih. jyeahhh!





Mendaki selama 20minit je untuk ke puncak. takde tinggi sangat pon. view yang sangat ohsem. tapi ramai orang dah peak dia kecik je.. muat la untuk 20 orang lebih sikit.. tempat ni berdekatan dengan Tanjung Tuan. kalau nak pegi elok la pegi time weekdays kalau nak dapat view yang paling ohsem.. takde la berebut atau nak kena tunggu giliran untuk bergambar.. papepon stay safe!!

Lepas dah turun dari Bukit Batu Putih kitaorang pon teros ke Apartment yang kitaorang sewa untuk bermalam. masak masak, gelak gelak, makan makan, lepak lepak.. pastu mandi. tido. esok nak ke pantaiiiiiiiii



Dorang dah settle mandi.. aku balik apatment mandi, siap siap.. dah siap semua.. makan.. checkout!



BALIKKK!!!!

Tiada ulasan: