Rabu, November 02, 2016

Sisterhood Mt. Irau Mission Daypack



Assalamualaikum.. Harini tiba la masa mission sisterhood ke Mt. Irau. setelah sebulan planning untuk meet up balik aku dengan Group masa naik Gunung Suku aritu. 2 orang je dari Group tu hahha.. dan tambah lagi sorang member baru kenalan Kaka Seza, Sha namanya..



Dan perjalanan kami bermula......

Kami sampai di Entrance Gunung Irau dalam kol 10 lebih setelah berusaha naik dengan kereta Honda Kaka Sueda yang tragis bumper tersagat masa nak naik tu. Akhirnya selamat lah kami parking di depan Entrance. lepas beberapa minit kami sampai. bertalu - talu powil bawak muatan participant dari berbagai Group. dengarnya ada dalam 30 orang yang kami kena adap bila naik nanti. kompom la peak penuh.

Perlahan kami memula kan langkah.. aku macam biasa pace slow. maklom lah baru berjinak² kan. tapi kali ni aku tak mintak untuk berhenti pon. aku layan je trek sampai la lagi sejam nak sampai Mini Irau kami berhenti sebab terpisah dengan Kaka Sueda yang lalu trek lain dari kitaorg. mungkin sebab sejuk. jadi aku tak rasa penat langsong. cuma kaki je slow² dah rasa krem. macam biasa la budak hypo macam aku neh hahha..

Setibanya kami di Mini Irau. nampak kelibat Kaka Sueda dah lama menantikan bayang kami. Trip kali neh memang kitaorang femes sebab bila jumpa orang je kat trek mesti tanya "nampak kawan kitaorang tak?" jadi ayat ni semula jadinya buat kitaorang dikenali dengan Group lain hahha

Selepas berhempas pulas. Alhamdulillah setelah 4 jam kami sampai di puncak Irau. peak memang penuh. jadi kami memilih tempat dibelakang signboard Puncak untuk lepak makan dan minum. perlahan lahan hujan mulai turun. haa sepanjang trek hujan kejap benti kejap turun. trek masa neh memang macam Nutella. salah pijak. nahhh sampai lutut pon ada dalam dia.



Kami ambik masa yang tak lama untuk berehat sebab kami sampai kat peak lewat. dalam kol 1 lebih. disebabkan hujan. lepas dah bergambar kami pon gerak turun.





Alhamdulillah kami sampai di Mini Irau dalam kol 4 lebih petang. hujan pon makin lama makin lebat pastu benti pastu turun lagi. memang lemau gila rasa sebab sejuk namatiiiiii



Keadaan kami setelah sampai di Mini Irau

Lepas 10 minit kami gerak dari Mini Irau. pace aku makin lama makin slow. kaki aku dari puncak lagi dah krem tak rasa apa. kejap Kaka Sueda sweep aku. lepastu Kaka Seza plak sweep. kelibat Kaka Seuda dengan Sha dah tak nampak lagi. dengan trek makin Nutella membuatkan perjalanan kami makin sukar. yelah kejap hujan kejap benti. memang Nutella habis la cite dia hahha

Setelah 2 jam kami berjalan dalam keadaan yang sangat worst berlecak teruk, selut dalam namati.. berselisih dengan Group lain. ada yang kejap² berhenti nak ambik gambar. melambatkan lagi perjalanan turun kami. kol 6 lebih dah mula slow² follow pace orang depan. kemudian ada la sorang brader neh kejap laju pastu duduk kat depan. bila dah nampak kelibat kami dia jalan balik. aku tak perasan la. Kaka Seza yang perasan. aku cam biasa melayan kaki aku yang krem tapi paksa jugak untuk jalan. memang aku tak mintak berhenti sebab sejuk sangat. dalam kepala otak aku neh dok pk bila la nak sampai neh. kaki aku memang tak rasa apa tapi aku kena paksa. plus aku awal² dah cakap kat diaorang aku taknak sampai menyusahkan sesape. bila hutan dah mula gelap. brader tadi bagi arahan untuk berhenti dan jalan dalam 1 group. memandangkan ada yang tak bawak headlamp. dan headlamp aku plak masa neh tetiba tak jumpa dalam bag. Ya Allah Tuhan je yang tau situation masa tu.

Dalam keadaan kaki tak rasa apa. mata tak berapa clear sebab berpandu kan headlamp Kaka Seza. trek pulak aku redah takde nak elak² dah. kasut dan seluar dah berat dengan Nutella yang penuh. badan dah mula shaking. mulut aku tak putus² membaca Ayat Kursi dan Al-Fatihah. mindset plak aku set "kau boleh Sya! kau boleh!" 

Sampai la aku ternampak muka abam Bomba untuk rescue budak kat belakang yang injured terok gamaknya. nak je aku bukak mulut cakap kat abam Bomba tu aku dah tak larat nak jalan. tapi sebab aku dah set kat kepala aku "kau jangan susahkan sesape Sya!" teros aku tunduk dan teruskan perjalanan.

Setibanya aku di 1 Pondok yang memula aku nampak masa naik tadi. aku teros duduk. gigi aku dah terketar². badan aku memang shaking habis dah masa ni. nasib ada lagi sorang brader yang dah berusia jugak datang kat aku cuba untuk bantu aku. kepala aku masa neh rasa macam dah benti. aku dah jadi blur. yang aku tersentak bila brader tu ulang lagi ayat dia "boleh saya pegang tangan awak?" dan aku mengangguk. digosok² tangan aku bagi panas kemudian Kaka Seza suruh aku bukak windbreaker aku untuk digantikan dengan sweater tebal brader tu. dibungkus pulak aku dengan emergency blanket. walaupon masih rasa sejuk dan shaking tapi tak seteruk memula tadi. kemudian Kaka Seza perlahan cakap kat aku "Sya kita kena gerak kalau tak nanti Sya lagi sejuk." aku hanya mengangguk dan perlahan aku bangun. kemudian aku duduk balik. terasa bagai dah tak boleh nak tampung badan aku neh. sekali lagi aku cuba dan slowly aku jalan diiringi Kaka Seza yang memimpin aku dan brader yang memula bagi arahan tadi.

Dan Alhamdulillah. pukul 10 lebih malam aku dan Kaka Seza selamat sampai dibawah. terus kitaorang carik Kaka Sueda dan Sha. rupanya dorang dah berehat dalam kete. aku kuatkan diri aku untuk tukar baju, seluar bukak kasut sume yang dah berlumpur. aku sarong kain batin dan tshirt lengan panjang dan windbreaker tebal. kol 11 lebih kami perlahan turun dari Entrance. cadangnya nak bermalam di Kem Sg. Pauh tak menjadi sebab memasing dah weak dan sejuk.

Sampai di Masjid Tanah Rata. dorang bersih² kan badan hanya aku yang tak mampu bangun dah untuk membersihkan diri ataupon makan. Lepas dorang balik dari bersihkan badan aku dah lena kat seat belakang.

Tersedar kol 8 pagi. aku bangun tengok hanya aku dan Kaka Sueda yang tido dalam kete. Kaka Seza dan Sha tido di masjid. pengalaman manis yang tak ternilai aku dapat dengan Sisterhood Mission neh. Alhamdulillah dan terima kasih semua.



Tiada ulasan: