Selasa, April 25, 2017

Backpack Ke Hatyai 21 - 24/4/17



Assalamualaikum..

Harini aku nak story kisah aku bawak cousin aku belajar Backpack ke Hatyai. dengan tight budget rm800 untuk 3 orang. Alhamdulillah.. tercapai..


Trip neh pon last minute cousin kitaorang plan. balik dari Jerangkang minggu lepas la hahaha aku jarang tak ON.


Dan malam kejadian kami pon berkumpul di Hentian Duta. aku sampai je terus isi perot. laparrr terok. sambil menanti cousin aku dan kawan dia Aishah sampai. ada la dalam 10minit. cousin aku pon sampai.. dan selang 5minit lepastu kawan dia plak sampai. kitaorang lepak minum sambil tunggu bus kitaorang pada kol 10:30PM..








Memanfaatkan 2 hari 1 malam sebaik mungkin. setibanya kami di Border Thai, Sadao. orang ramai bagai nak gila. dengan segera kami beratur untuk dapatkan passport kami di chop dan kemudian boleh begegas semula kedalam bas untuk meneruskan perjalanan kami ke Hatyai. memandangkan orang ramai. jadi kami tiba di Lee Garden hotel lewat dari yang aku jangkakan.

Turun je bas terus carik Hostel yang aku dah book. tapi sayangnya aku terlupa nak prepare awal². walaupon hostel tu berdekatan dengan Lee Garden Hotel. still aku lost nak jumpa. end up kami lepak kat kedai makan untuk mengalas perot sambil mendapatkan WiFi bagi memudahkan aku dapat direct jalan untuk ke Hostel kami. dah dapat. screencapture. begerak.. selang 3,4 minit. kami pon sampai di Cathay Guesthouse yang jarak dia 0.3km je dari Lee Garden Hotel. settle check in. letak bag. mandi, siap². then terus keluar ke Market untuk cuci mata.





Cathay Guest House












Lepas Zohor kami memulakan langkah ke destinasi pertama ke Market. cuci mata. shopping kacang la. kebanyakkan benda makan. kemudian bergerak tanpa arah tujuan. sambil² jalan dorang bagi idea untuk ke Floating Market. aku ingatkan Floating Market di Hatyai sama dengan Floating Market di Bangkok. dan aku meluahkan rasa was² samada sempat atau tak untuk kesana. tapi mereka kata takpe la kita redah je tengok dulu camne. ok kami tahan Tuk Tuk dan terus ke Floating Market. sangkaan ku meleset pabila aku tengok Floating Market dia hanyalah bot² kecil di tepi sungai. bukan seperti di Bangkok kena ambil boat untuk round kedai ke kedai. ok shopping makanan lagi.. hahahha










Tuk Tuk yang kitaorang bayar untuk 2 jam nampaknya membazir kerana masa yang kitaorang ambik tak sampai pon 2 jam. ada lah dalam setengah jam je kitaorang jalan². kemudian terus gerak nak balik. kami turun di area Lee Garden Hotel untuk memudahkan Brader tuk tuk tu hantar kitaorang. lagipon masih awal untuk balik ke hostel. kami pon beli makanan lagi di Hatyai Street Market hahahha







Dah puas shopping barang makan.. kitaorang balik dorm.. melantak la apa lagi hahha.. kenyang to the max.. Alhamdulillah.. lepas makan mandi.. solat.. then lepak² jap sementara tunggu waktu Maghrib. lepas settle dah solat Maghrib.. kitaorang siap² untuk keluar jalan² pada belah malam..





Aku kalau dekat Hatyai. rasa macam wajib untuk makan kat stall akak neh.. stall dia sebelah Hotel Lee Garden berdepan Kaunter Ticket Konsortium. nasik lemak dia memang padu. air teh ais dia pon umphhh!

Dah puas berjalan, melantak, siap tapau lagi balik dorm. kitaorang lepak tengok tv, lepak santai² kat ruang tamu dorm kitaorang. dekat kol 11 malam kitaorang pon masok tido. penat berjalan aihh seharian hahha

Keesokkannya harinya, kol 8 tersedar.. bangun mandi² aku buat breakfast.. lepas dah breakfast. kitaorang packing barang. sebelom tu kitaorang keluar untuk carik souvenir. dah settle balik bilik. angkat barang. check out.





Aku bukak waze carik kedai makan yang selalu aku makan kalau kat Hatyai. sayangnya lost! hahahha end up makan kat Kedai Kelantan apa tah namanya. dah lupa -_-"



Lepas dah melantak kenyang².. kitaorang habiskan masa sementara nak tunggu bas kitaorang kol 7pm. agak krikk krikk jugak la hhaha dari hujan sampai hujan benti, berjalan kesana sini sampai dah taktau nak jalan kemana dah. end up duduk je kat kaunter bas tunggu sampai kol 7 hahhha



Naik je bas. ape lagi tido laaaaa.. sampai KL pagi.. terpaksa la melangok sementara nak tunggu subuh. ambik KTM balikkkk!



 

Tiada ulasan: