Selasa, Januari 23, 2018

Lata Lembik, Raub, Pahang 21/01/18



Salam..

Harini aku nak share pengalaman bercamping di Lata Lembik, Raub, Pahang. seminggu sebelum kejadian. group hammock yang aku dah lama join Malaya Hammock Movement (MHM) beborak kosong. aku sekadar memerhati je pada awalnya. tetiba dorang plan nak buat trip memandangkan kitaorang dah lama tak camping bersama. seingat aku last aku camping dengan dorang masa trip di Kem Sungai Pauh, Cameron Highland setahun lepas. at first cadang nak camping di Hutan Lipur Lentang, Bentong. then Maman pon call la Jabatan Hutan untuk dapatkan permission bercamping disitu. sayangnya, Lentang tutup untuk naik taraf. discuss punya discuss. Abang Nazri mintak pendapat dan cadangan tempat untuk bercamping. ada yang suggest ke Sendayu, Gombak. 2,3 tempat jugak. tapi suara majoriti request untuk cuba tempat baru yang dekat area KL/ Selangor. aku bagi la cadangan untuk ke Sungai Pertak, memandangkan aku dah biasa camping area situ. dan mereka pon ON.


Sehari sebelum kejadian.

Abang Nazri menyuarakan pendapat untuk tukar ke tempat lain kerana untuk ke Camp Site Sungai Pertak kena trekking dalam 10-15minit. walaupon trek dia mudah dan takde mendaki. tapi agak mencabar bagi mereka yang bukan kaki hiking. tambahan pulak anak Abang Nazri, Aliyah terlalu sensitif dengan agas. bukan tak boleh langsong kena agas tapi di Sungai Pertak agas dia agak liat sket. dan kemudahan seperti bilik air takde, Kak Noreen dan Maman pulak jenis kalau pegi camping bawak paperbag Decathlon je hahha so agak leceh la sikit bagi mereka. sebab group kitaorang neh kalau camping memang habis santai macam rasa kat rumah.. then Abang Nazri suggest kitaorang untuk try camping di Kebun Ayah, Bentong, Pahang. semua ON!

Hari Kejadian.

Jumaat malam tu aku tumpang tido di rumah Kadoq untuk memudahkan Kak Noreen dan Maman datang pickup sebab kitaorang plan untuk carpool bagi menjimatkan kos. memandangkan aku memang agak rapat dengan family Kadoq. jadi takde menjadi masalah besar untuk aku bermalam kat rumah dia. pukul 7 pagi kitaorang dah standby tunggu Kak Noreen dan Maman sampai. 7.30 macam tu dorang sampai. load barang dalam kereta teros gerak ke Bentong. sebelom kami sampai ke Kebun Ayah, kami berhenti makan di tepi jalan memandangkan masing² tak breakfast lagi.

Settle makan. kami pon bergerak la ke Kebun Ayah. masing² taktau jalan ke Kebun Ayah neh. so mencari berpandukan message dari Abang Nazri dan waze. Abang Nazri sampai kemudian sebab ada urusan yang perlu disettlekan. disebabkan aku pernah ke Lata Hammer. jadi aku tau la sikit jalan untuk ke Kebun Ayah neh sebab tempat ni berdekatan dan air sungai dia dari Lata Hammer. ingatkan tempat tu kat area bawah je dari kebun² yang ada disekitar jalan masok ke Lata Hammer. rupanya kena lalu jugak jalan off road dalam tu. tempat dia betul² di parking kereta untuk ke Lata Hammer. nahhh tragis gila la perjalanan masok kami kedalam tu hhahahha




Setelah banyak kali cuba. akhirnya kami tewas untuk lepas naik ke jalan atas disebabkan tanah berselut yang licin dan bahaya. parking tepi. update kat Abang Nazri. then tukar lokasi ke Lata Lembik, Raub. bila sampai di pekan Raub. kami berhenti untuk tapau makanan tengahari. memasing dah lemau so nak ambik mood untuk masak makanan tu lambat. kitaorang ambik jalan mudah tapau makanan siap² hahha

Pukul 12 tengahari kami pon tiba di Lata Lembik Eco Park. turun kereta. pegi kaunter untuk bayar tapak perkhemahan, RM2/ per head. turunkan barang terus ke camp site. pada mulanya kawasan tu takde orang mandi atau bercamping. mungkin sebab musim hujan dan air deras. sampai kami di camp site. keluarkan barang. setup apa yang patut. then bukak dapo haram untuk buat kopi. dorang yang kelaparan lepas settle terus makan. hanya aku masih relax² ambik mood selesa di tempat baru. yelah neh baru 1st time aku sampai Lata Lembik. sebelomni dorang ada buat trip ke sini tapi aku tak berkesempatan nak join.




Lepas settle je setup camp site dan berkopian. sambil relax relax.. tetiba hujan turun membasahi bumi. kelam kabut la kitaorang adjust balik tarp/ fly dan posisi tent. agak lebat jugak hujan petang tu. sampai air naik. duduk la bertenggek masing masin dibawah tarp/ fly. nasib tarp/ fly besar. hahahha kenangan yang tak dapat dilupakan!



Hujan dah berhenti. setup balik tarp/ fly. kemas kemas apa yang patut. then Kadoq start bukak class dia. Kadoq neh memang banyak ilmu. so banyak la dia share macam mana nak hidupkan api guna kayu basah atau bahan bahan yang boleh digunakan untuk hidupkan api. ilmu yang sangat berguna untuk dikongsi bersama. Thanks Kadoq!!

(Air dah makin naik masa neh)

Dalam kol 4 lebih tu, Abang Naz, Kak Lela sekeluarga pon sampai. kitaorang adjust balik camp site, tarp untuk memudahkan semua berkumpul dalam 1 tarp/ fly. lepas dah settle. kitaorang pon siap siapkan barang untuk masak dinner.. wehuuuuuuuuuu!! tengah siap siap untuk masak dinner. 1 of our group members (Wan) pon sampai. dia sorang sorang pon jadi yerrr hahahha cukup la kitaorang 8 orang yang camping malam tu. riuh dia takyah cakap laaaaa



Bila duduk dalam hutan. dapat berkumpul macamni. sangat lah bermakna. share macam macam cerita, pengalaman, cerita kelakar semua keluar. the best moment ever!!



Keesokan harinya bangun tido. breakfast. air sungai naik balik. then pagi tu hujan lagi. berhuhuhu la kami tunggu hujan berhenti. ada dekat pukul 11 macamtu baru la hujan reda. dorang neh memasing dah bersiap siap nak pegi mandi sungai. aku yang agak fobia dengan air sejuk hanya lepak kat camp site berbual dengan Kak Lela. sambil berbual sambil mengemas. camping 2 hari 1 malam memang tak best sebab cepat sangat masa tu berjalan.

Kol 12 lebih tu dorang dah naik dari mandi. kami pon gotong royong membersihkan tapak camp site. masing masing ada tugas masing masing. almost 2pm baru settle dan pack masuk dalam bonet kereta. turn aku dengan Kak Lela pulak pergi dekat toilet berhampiran parking untuk membersihkan diri. dah siap semua. kitaorang lepak makan kat kedai berhampiran parking which is owner yang jaga kawasan Lata Lembik neh..




(BerGroup foto sebelum gerak)

On the way dari Raub nak ke Pekan Bentong ada la dalam sejam lebih. sepanjang jalan tu hujan. dengan sejuk aircond kat dalam kete. aku tak sedar apa dah. tido je sampai la Pekan Bentong. dorang singgah untuk jumpa membe nak makan rambutan.. emmmm dappp dappp

Ada dalam sejam kitaorang lepak kat depan Masjid Bentong.. dah kenyang mentedarah moktan. kitaorang pon gerak ke destinasi seterusnya ke Cafe di Janda Baik. berhenti makan kat sini sambil lepak lepak menikmati kopi dan keindahan Cafe neh. tersorok dan tenang tempat dia.



Dah kenyang melantak. lepas Magrib. kami pon beransur. aku masuk kereta je dah tak sedar apa. bukak je mata dah sampai Kampong Pandan hahahha. transfer barang masok kereta. lepastu terus BALIKKKKKKKKK!! Alhamdulillah, sampai rumah update dalam group. terus membongkang! bertambah pengalaman baru dalam hidup seketul Sya Yusof! 



Tiada ulasan: