Isnin, Januari 01, 2018

Starting New Year 2018



Alhamdulillah. kita telah pon berganjak ke tahun 2018. banyak kenangan manis dan pahit sepanjang tahun 2017 atau tahun² sebelomnya. dan semestinya kita mengharapkan tahun baru ni kita akan lebih tabah dan kuat. In Shaa Allah.

So permulaan tahun 2018 aku. aku mulakan dengan bercamping di Sungai Pertak, Kuala Kubu Bharu bersama member². trip kalini kitaorang more to santai² relax²..


31st December 2017

Petang tu aku keje last day. aku balik keje kol 10 malam teros sampai rumah packing² barang. settle terus keluar pegi NSK, Selayang untuk beli ration. tengah pilih² barang tu. lepas dah bayar semua. set jumpa dekat Petronas sebelom naik ke Ulu Yam. sampai di Petronas. kitaorang repacking balik barang dan ration. settle. set jumpa balik di Fazleena Maju, Kuala Kubu Bahru. dan kami pon begerak ke Kuala Kubu Bharu melalui Jalan Ulu Yam.

Sampai di Fazleena Maju kol 1 lebih. kitaorang lepak² dulu mengopi dan makan. trip kalini memang habis santai kitaorang layan hahha dah kol 2 lebih baru kitaorang gerak ke Sungai Pertak. memandangkan port kitaorang nak pegi ni takla terlalu kena mendaki. jalan habis santai dan mendatar je. cumanya dalam hutan. confirm gelap gelita dan sejuk. dan perjalan tak sampai 15 minit pon dah sampai camp site.

Malamni, agak ramai jugak. port yang aku lepak before penuh dengan khemah². memang tak muat nak menyelit. so kitaorang decide untuk lepak depan sikit dari camp site tu. buat camp site haram hahha setup ground dan fly, keluarkan ration², bukak dapur haram. masak air buat kopi. sambil melayan bunyik deruan air sungai yang mengalir. dan sekeliling yang sejuk. perghhh layannn bhaii layan borak² gelak², dekat kol 6 pagi baru la kitaorang tido.

Aku macam biasa. kalau dalam hutan mesti terjaga awal. kecuali kalau penat sangat. celik² mata dorang pon slowly bangun. Apai a.k.a chef dah bangun² basoh muka, gosok gigi teros ambik air. siang² bawang siap² nak buat breakfast dan lunch kitaorang. pagi ni kitaorang breakfast roti cicah dengan kari ayam. terbaikk wokkk! dan tengahari tu kitaorang makan nasik berlaukkan ikan masin goreng dan sambal sardin.


Lepas makan lepak borak².. ingat nak turun la mandi. tapi malas plus sejuk. so masok hammock melayan mata. yang dorang memula bukan main gelak².. pastu slow² melengkar macam ular hahahha sudahnya si Izza naik hammock dulu tido. lepastu aku. kemudian suara Apai pon dah tak dengar. rupanya dorang pon tido jugak hahahharuuu

Kol 4 lebih aku terjaga. tengok dorang layan tido lagi. disebabkan nak terkencing.. paksa gak la bangun jugak. sudahnya aku mandi teros sorang². lepas mandi aku naik tengok dorang neh syahdu lagi tido. hampeh betol. kol 5 lebih aku kejut dorang bangun mandi pastu siap² nak balik. Apai ngan Izza pon bangun gosok gigi mandi celup² gitu teros naik kemas². dah siap packing semua kol 6 lebih kitaorang bergerak keluar ke parking kereta.

Sampai je diparking. dorang tukar baju kemas² barang masok kete pastu gerak ke Dataran KKB untuk minum petang kat situ sebelom gerak balik KL.

Walaupon sekejap sangat. tapi bermakna dan best. tahun lepas starting tahun baru aku naik Gunung Rajah. so tahun neh trip relax² je sudah. taknak saket² badan bak kata Apai hahha


Tiada ulasan: