Jumaat, Ogos 22, 2014

Surah Al-Kahf Dan Kelebihannya. . .








MENGELAK FITNAH DAJJAL surah al-Khafi 1-10



Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi
Maha Mengasihani.

Diriwayatkan hadith dari Ma'dan b Abi Talhah al-
Yakmariyi hadith dari abi Dardak bahawasanya

Nabi (s.a.w) bersabda: 'Barangsiapa yg hafal
sepuluh beberapa ayat dari ayat-ayat awal Surah
al-Kahfi, dijaga dia dari kerosakan Dajjal.' Hadith
Muslim, Kitab Solat]

Hadis pendek ini menyebutkan bahawa sesiapa
yg berjaya menghafal 10 ayat permulaan Surah
al-Kahfi itu (dan dia hafal selama-lamanya
sehingga mati dia), maka dia dipelihara oleh
Allah dari ftinah atau huru hara Dajjal yg akan
diwujudkan Allah ketika dunia hampir kiamat.
Salah satu tanda akan kiamatnya dunia adalah
turunnya seorang makhluk yang disebut Dajjal
yang akan bermaharaja lela di dunia sebelum
kiamat dunia. Ketibaan Dajjal adalah satu
daripada tanda-tanda dunia akan kiamat.
Fitnah Dajjal disebut oleh
nabi s.a.w sebagai
fitnah yang terbesar akan menimpa manusia.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda (yang bermaksud) : “Sejak penciptaan Adam
sehinggalah terjadinya kiamat tidak ada perkara
lain yang lebih besar dari Dajjal.” (Hadis riwayat Muslim)


Daripada Ali yang meriwayatkan daripada Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam, Baginda bersabda yang maksudnya:

“Barangsiapa membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya dirinya terpelihara hingga lapan hari, daripada segala fitnah yang melanda, dan jika keluar Dajjal sekalipun, dia akan terpelihara daripadanya.”

(Al-Dhurr al-Manthur oleh al-Suyuti 5:355)


Abu Sa`id al-Khudri radhiAllahu `anhu beliau berkata bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:

“Barangsiapa membaca surat al-Kahfi pada hari Jumaat, maka ALLAH terangi ia dengan cahaya di antara dua Jumaat.”

(HR al-Hakim dan Baihaqi, disahihkan oleh al-Albani)






Semoga ALLAH Ta`ala memberikan kita semua dengan kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat. Dan semoga dijauhkan dari azab api neraka, amiin…

ALLAHU A`LAM.

Sekadar menyampaikan.


Tiada ulasan: