Ahad, Februari 22, 2015

Anak Cucu Tok Ali Janggut



Cuti panjang CNY haritu.. beriya² lah makcikku call soh datang rumah dia di Sungai Besar, K.Selangor.. dekat 20 tahun gak aku tak kesana kerana perselisihan faham antara mak aku dengan adik beradik dia. kira macam mak aku bawak diri gittew!

So since dorang dah berbaik semula. makcik aku banyak kali la remind kat kitaorang untuk datang berkumpul sesanak saudara. actually aku rasa since aku 27 tahun la baru aku dapat kenal sedara mara yang jauh, sedara mara yang tak pernah tahu pon kewujudan dorang. Alhamdulillah aku bersyukur sangat sebab dapat merasa balek ada sanak saudara. kalau tak sebelom neh. family aku, mak aku, family aku. tu jela pon hahaha sodehh!


Bila dah dapat kesempatan mengimbau kembali zaman hingusan aku. apa lagi. buat balek ah apa yang kitaorang buat suatu ketika dulu heh!


Happy macam berok tu takyah cakap ah kan hahhahaha.. aku menghabiskan cuti aku start dari khamis, 19th Feb 2015 tu till 22nd Feb 2015 dengan activity memancing, mencari remis, lepak² kat pantai.. perghhh memang rasa release semua stress, kesibukkan dunia nyata wehh! hahahha


Rasa nak nanges sebab rasa bersyukur sangat.. akhirnya family besar kami bersatu. Terima kasih Ya Allah kerana Engkau telah menyatukan kami dengan sanak saudara yang dah lama terpisah :')





2 ulasan:

Amelia berkata...

alhamdulillah. cantumkan silaturahim :D

Sya Yusof berkata...

Alhamdulillah.. yeapp :')