Selasa, September 27, 2016

Solo Travel to Bangkok 1st - 3rd September 2016 Pt. III

Continue from Pt. II


Lepas dah kenyang perut kitaorang pon bergerak ke Bandar Bangkok semula. harini Kak Hajar akan biarkan aku berjalan sendirian sebab dorang pon ada hal hal yang nak settlekan. lagipon aku kan memang sendirian. so Kak Hajar akan drop kan aku kat area shopping complex The Platinum Fashion Mall. shopping mall neh lebih kurang macam shopping mall kita nama Kenanga. so takde beza apa sangat. dari segi harga pon lebih kurang kita jugak. so aku hanya membeli setakat mana yang aku rasa kat KL mahal atau susah nak jumpa. baju 2,3 helai. and barang untuk kakak aku a.k.a bff.. tu jela.. perangai aku yang kaki shopping skang rasanya dah terlalu banyak berkurang.. aku dok pusing dalam mall tu 2jam je. lepastu aku teros amek teksi balik hotel. penat kaki, serabut, rimas aku rasa hahahha

Jock Walking pon boleh nehh! hahahhha

Sampai hotel. aku lepak jap. rasa macam bosan pulak hahahha dan LAPAR! so aku keluar balik. pusing pusing la mencarik makan. dan aku rasa kaki macam dah malas nak berjalan. so aku makan je kat kedai makan yang ada depan mata. aku sangat laparkan NASIK -__-


Tapi nasik dia hmmmm.. tu je yang aku mampu makan dan tak habis pon hm.. dalam aku berusaha telan nasik neh. hujan pon turun membasahi bumi.. so sementara aku nak tunggu hujan benti. aku dok search la tempat menarik yang aku boleh jalan kaki untuk pergi. dalam carik2 tu. terlintas plak "Bangkok neh takde jual barang outdoor ke?" teros aku search kedai outdoor. and jumpa dekat Amarin Plaza di Ploenchit Road. so aku pon bukak waze. tengok dalam 1km plus je dari tempat aku makan tu. hujan benti je aku terus mulakan berjalan kaki menggunakan waze untuk ke Amarin Plaza.


Ada dekat setengah jam aku berjalan. sampai la aku di Amarin Plaza. dan disebabkan excited aku tak ambik pon gambar mall dia hahha.. kusyuk sangat dok record video. aku sampai teros carik kedai outdoor yang aku search tu. and bila dah jumpa. pusing2 carik apa yang berkenan. dah tetiba aku jumpa hammock fevret aku! ahh teruja! ada pulak kaler merah. dua kaler. merah dan hitam.. ahh teruja lagi!! belek belek. terus bayar. hati sangat girang!! hahahahha

TaDaaa!

Ok dah settle menghabiskan duit.. aku pon bergerak balik ke hotel. balik neh aku dah tak larat nak jalan kaki sebab kaki aku melecet sebab pakai sandal baru beli.. hahahha lupa nak gigit. haa dia gigit la kaki aku.. so aku decide untuk naik motor untuk balik ke hotel. agak cekik gak la dia mintak bayaran. kira harga dia mintak tu kalau aku naik teksi pon boleh. tapi disebabkan aku memang dah sakit kaki. sebat jela.



Dan sampai je hotel. campak semua barang teros aku terduduk. penat! hahahha
Esok pagi pagi dah nak kena bangon awal untuk pulang!! aku bersihkan badan.. pack semua barang barang. settle je. aku gayut jap ngan kesayangan. then tido. yes plan ke Bangkok memang aku taknak lelama sebab bukan tempat yang aku suka. serabot baq hang! hahahha

Pagi kol 7am waktu Thailand aku dah siap mandi semua. then kol 8.30am aku turun untuk check out. sebab aku nak pegi breakfast sebelom gerak ke airport.

Papai Bangkok.. See you again!

Sampai kedai makan aku order nasik ayam dan teh ais. seriously sepanjang aku kat Bangkok. aku tak jumpa pon teh ais @ chayen dia yang sedap. kat kedai neh manis potong kaki baq hang!! sambal nasik ayam pon manehh.. gila! driver yan bawak aku tula habaq kedai neh sedap.. memang tak masuk tekak btoi -___-"


Settle je makan terus gerak ke airport. cam biasa la. pejalanan jauh. aku bantai tido hahahha sampai je airport. driver kejut bagitau dah sampai. ok say goodbye then aku terus g check in. dah siap check in sume aku lepak luar airport je. nak masok pon awal lagi. jadi aku lepak luar nak tengok pemandangan kat airport untuk kali terakhir.. cewahh ayat aku! hahaha

Bila travel sensorang neh. mulot kena la ramah tamah untuk mintak amekkan gambar hahahahahha
Thanks auntie ambikkan gambar ai :D 

Dekat kol 12pm baru aku masok kedalam perot airport. tu pon awal hahaha.. melepet jela kat dalam sampai kol 1:30pm.

Masok kedalam perot kapal terbang. kepala otak aku dah terbayang nasik lemak, nasik, nasik dan nasik.. ahh laparr!! dah 20min berlepas baru la dapat order makanan. dan aku makan dengan kebulurnya!! Ya Allah heavennya rasa!!! macam setahun tak dapat nasik aku rasa hahahha


Perot dah kenyang.. amek gambar cantik cantik 2,3,4,5,6 keping.. pastu TIDO!!


Sampai airport KL, kakakku amek. sampai rumah teros continue tido hahahahha




THE END.

Tiada ulasan: