Memaparkan catatan dengan label Connection. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Connection. Papar semua catatan

Jumaat, Disember 05, 2014

M I R C



Suddenly aku teringat kisah kekanak/ memuda dulu.. mesti ada yang tau chatting yang bernama MIRC neh kan?? aku rasa tahun 1999 aku dah mula berjinak² untuk explore MIRC.. memang dat time tersangat lah trending.. zaman² neh orang berchatting memang takde tengok rupa bagai.. nasib² la kalau kenal orang tu cantik/hensem ataupon tak.. memacam kerenah manusia dalam tu.. tapi MIRC neh memang buat aku addict sampaikan tetiap hari, sampai berejam² aku tesadai kat cc mengadap benda neh je..

( Neh la contoh 1st step bila click MIRC punya icon.. once dah masok nama.. masok je kat page nanti.. akan kua dari server soh register nick yang digunakan.. tapi siyes aku dah lupa code ke hape² yang berkaitan ngan MIRC neh -___- bapak lama gila dah weyyy hahha)

( Dan ini yang akan appear once korang dah connect to server.. kat ruang bawah sekali tulah kena type code server apa tah aku dah lupa untuk register nick.. lepas je register nick.. server dah confirmkan then baru boleh masok channel ( # ) dan # paling popular gila babs dulu adelah #kampung )

Ada dalam 5 bulan aku mengadap benda neh je.. kemudian aku dapat title tinggi sket.. dah tak macam orang lain masuk channel. dulu kalau otai² nama dorang selalu kat atas sekali dalam setiap channel.. neh kena pandai ah baru bole dapat pangkat hahahha
Dalams etiap channel akan ada 3 icon yang semua orang dah tau pangkat dorang dengan tanda memasing seperti:-

( Tengok nama atas skali ada icon @, + kat tepi nick dorang.. tu tandanya dorang neh ada pangkat.. keistimewaan yang ada pangkat neh berbagai.. kalau yang ada pangkat @ dorang neh bole kick or banned nick² yang tak disenangi and bila nick tu dah kena kick or banned.. memang payah sket lah nak join balik channel tu )


Bila da lama sket aku mengadap MIRC neh.. aku blaja pulak guna script..

 ( Camni la rupa page kt pc kalau berchatting di MIRC menggunakan script.. tapi aku da lupa script apa yg aku belajar)

Adelah dalam sebulan aku ulang alik rumah dengan cc.. kadang² sampai 13jam aku online duduk kt cc untuk belajar script.. korang bayangkan la 13jam sehari.. kalau sebulan.. bape jam je aku tido?? memang gila masa neh hahha.. bila da expert.. terasa gah la kan.. standard ahh feeling tu.. korang pon yang dulu mana penah chatting guna script kompem eksyen.. sebab kira sape yang chatting guna script neh da tahap expert tau.. orang salute sket lah :D

Bila da expert.. aku dah takde chatting nak berkenalan ke hape.. time tu banyak gak kenal otai² channel ( # ) so da tak perlu nak melayan orang² nak berkenalan hahahha.. bila pkai script neh.. kita bole anta flood la yang paling famous pon dulu.. pastu banyak lagi keistimewaan menggunakan script neh tapi aku dah lupa.. contoh flood yang aku maksudkan seperti dibawah:-



Kemudian aku belajar pulak register chatting lain yang bole memudahkan aku atau orang nak lebih berinteraksi.. seperti ICQ.. then dapat tau yahoo mail bole untuk hantar file seperti gambar, boleh video call.. kemudian friendster pulak popular, lepastu myspace.. tak lama kemudian facebook.. dan seterusnya sekarang.. berbagai lama social yang baru diperkenalkan..

Sungguh mengimbau zaman dulu².. dunia walaupon tak begitu canggih.. tapi persahabatan yang tercipta dari situ yang sangat bermakna.. ada jugak few kawan² dari zaman MIRC aku still berkawan sampai skang.. semuanya berpunca bila aku dah mula ada geng otai² dalam sesebuah channel.. so bila time dorang buat gathering.. memang aku join.. so dapat la kenal and face to face ngan memasing.. rindu plak zaman tu :')

Papepon skang neh.. semuanya hanya tinggal kenangan.. kenangan manis yang dapat aku sematkan didalam kisah perjalanan hidup aku.. :D




Ahad, Ogos 24, 2014

Menarik, Tertarik, Hakak memang De Bomb!



Assalamualaikum W.B.T and selamat morning kalian..
Dipagi yang tenang lagi indah neh. Tetibe lepas je subuh. Aku terasa cam nak membebel.. Sementara nak tunggu waktu dhuha. So bole la aku membebel sepatah dua kata. Aceli ada la cerita menarik yang buat aku tertarik even ada kesedihan tatkala membaca en3 hakak sorang neh yang merupakan bestfriend por eber eber kepada isteri co-pilot dalam nahas MH17 yang menyedihkan seluruh umat manusia dimuka bumi ini. Memang sangat tragis kejadian yang berlaku pada bulan lepas dimana kita sedang menjalani bulan ramadhan yang mulia. Ok. Tapi en3 aku hari neh bukan sebab nak bersedih.. Sekadar nak meng-share cerita pengalaman hakak neh menjalani detik2 disaat bestfriend dia dilanda berita yang amat menyedihkan kerana kehilangan suami tercinta. Aku siap amek masa dalam berejam gak nak habiskan baca en3 hakak tu. Even dalam keadaan sedih. But she still can make a joke. Bayangkan.. And bayangkan gak perasaan dia sewaktu menghapdet cerita tu.. Siyes aku bole rasa apa yang hakak tu rasa tapi dia boleh rilex hapdet blog dia sambil melawak. Tu adelah salah satu cara untuk dia memyembunyikan perasaan sedih and sebak dia. Sebab.. Sesetengah pompuan memang pandai menyembunyikan perasaan sedih ataupon sebak ataupon pape perasaan sekalipon dengan membuat orang lain ketawa. Dalam hati.. Tuhan je yang tau beb.. Siyesss!

Ok dari aku bebual panjang lebar sampai korang pon naik jelek nak baca panjang2.. Neh aku share link hakak de bomb tu so boleh la korang baca sendiri.. And dalam masa yang sama. Bole amek iktibar  dari cerita dia. Kita kenalah sentiasa beringat yang dunia ini hanyalah pinjaman semata and sementara.. Aku takde lah cakap aku neh baik or tetibe nak jadi ustazah tak bertauliah sebab aku dah berhijrah. Tapi benda neh bole difikirkan secara logiknya dan.. 1 je pepatah yang aku sentiasa beringat dari dulu sampai la sekarang..  "Jangan terlalu seronok dengan keindahan dunia kerana.. Akan tiba 1 hari nanti.. Pasti.. Allah neh kalau nak tarik apa yang kita ada bebila masa je.." Even dulu aku neh terlalu seronok dengan dunia. Kadang2 memang akan terdetik sikit kat hati aku, "Sya.. Kau jangan seronok sangat.. Beringat sket.. Allah kalau nak tarik keseronokkan kau neh. Anytime je." Siyess!! Tak banyak. Sikit. Mesti tedetik kat hati kecik aku. Maksud aku bukan dorang atau sesiapa pon terlalu berseronok dengan nikmat dunia. Aku tulih camni sekadar perumpamaan. Tak kira sebenarnya kita berbuat baik ataupun tak. Maksud aku sekadar nak memberitahu yang kita dibumi Allah S.W.T neh  semuanya sementara. Dia akan sentiasa menguji, memberi dugaan, memberi peringatan kepada kita tak kira apa cara sekalipun. Apa yang terjadi dimuka bumi ini semuanya telah ditakdirkan dan telah ditentukan olehNya.. Hanya Dia maha mengetahui setiap apa yang terjadi dimuka bumi ini. Wallahualam.. Seandainya ada tersalah coret atau tersilap bahasaku.. Harap dimaafkan. Aku sekadar berkata kata untuk dikongsi bersama. Jika salah. Tegurlah aku dan jangan diikuti.

Da panjang aku bebel ni. Terasa over lebih lak.. Hahahha.. Haa korang g la usha2 pengalaman hakak de bomb neh.. Click Here

Ok lah. Its time to cau cin si :)
Deepest condoles to all family and friend #MH17 #MH370 #GAZA
Wassalam. . .




Tepian bucu katil,
7:35am